Blackpink Voice Pack Eksklusif Kini Tersedia

Share

Setelah kolaborasi antara PUBG Mobile dan kumpulan pop korea Blackpink sejak bulan lalu, kini PUBG Mobile menyediakan pelbagai tawaran menarik buat komuniti PUBG Mobile termasuklah Pek Suara ” Voice Pack” anggota Blackpink ini.

Kredit : PUBG Mobile

Jika anda mahukan kelainan didalam permainan PUBG Mobile ini, apa kata anda cuba Voice Pack mereka dan meriahkan permainan anda.

Kredit : PUBG Mobile

Untuk pengetahuan anda, Voice Pack ini akan terdapat dua versi iaitu Versi Bahasa Inggeris, dan satu lagi adalah Bahasa Korea. Untuk Voice Pack Bahasa Korea akan diwakili oleh Jennie dan Jisoo. Manakala untuk Voice Pack Bahasa Inggeris pula akan dibawakan oleh Lisa dan Rose.

Kredit : PUBG Mobile

Seperti yang anda telah ketahui sebelum ini yang kolaborasi antara Blackpink dan PUBG Mobile ini juga telah membawa kepada konsert pertama didalam permainan iaitu ” The Virtual.” Oleh yang demikian peminat sendiri akan merasai pengalaman sebenar bermain bersama Blackpink didalam PUBG Mobile.

Kredit : PUBG Mobile

Jadi tidak hanya PUBG Mobile menyediakan Voice Pack mereka, malahan custom-made suits atau pakaian mereka juga boleh didapati melalui kolaborasi ini.

Kredit : LihiPorat1

Koleksi kostum mereka yang digunakan ketika persembahan konsert juga telah dibuka untuk pembelian sejak 23 Julai sehingga 31 Ogos 2022. Jadi jom ambil kesempatan yang masih ada ini untuk mendapatkan tawaran istimewa daripada kolaborasi ini sebelum ditutup.

Sudah tentu, dengan kostum menarik yang dikenakan oleh Jisoo, Jennie, Rosé and Lisa pastinya akan membuatkan permainan anda lebih terserlah di medan peperangan “Battlefield”.

Tunggu apa lagi? Ayuh Win Win Chicken Dinner dengan penuh gaya dan semangat bersama Blackpink ! Maklumat lebih lanjut berkenaan kolaborasi dan pembelian Voice Pack ini boleh anda semak menerusi platform media sosial PUBG Mobile.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!