PUBG Berkolaborasi Dengan Bintang Squid Game

Share

“mugunghwa kkochi piotsseumnida” masih ingatkah anda dengan nyanyian ini didalam siri televisyen Korea Squid Game? Salah satu watak yang digemari dan mendapat tempat dihati penonton adalah watak aktres wanita iaitu HoYeon Jung.

Kredit : PUBG Mobile

Ho-Yeon yang memegang peranan sebagai Kang Sae-byeok didalam siri popular Netflix ini merupakan global ambassasor bagi jenama popular Louis Vuitton.

Pelakon yang berumur 28 tahun ini mula meningkat namanya apabila memegang watak utama di siri Squid Game yang telah dilancarkan pada September 2021 sehingga menjadi siri paling ditontoni oleh penggemar Netflix.

Tidak hanya berkolaborasi dengan kumpulan pop popular Korea Blackpink, Sekali lagi permainan Battleground ini mengumumkan kolaborasinya bersama dengan pelakon wanita siri televisyen Korea iaitu Squid Game.

Kredit : visit_gameznews

Ho Yeon yang merupakan aktres dan model bebas Korea Selatan teruja dengan kerjasamanya bersama PUBG Mobile bagi memeriahkan lagi pelancaran peta baharu PUBG Mobile iaitu Nusa.

Menerusi kolaborasi ini, PUBG Mobile akan menawarkan pelbagai item dan sut eksklusif kepada pemain. Ho-Yeon akan berperanan sebagai in-game “Nusa Commissioner” di peta Nusa bagi patch 2.2.0. Nusa merupakan inspirasi sebuah pulau di Indonesia yang akan menjadi medan pertempuran bersaiz 1 Kilometer persegi (1×1 km).

Nusa juga mampu menempatkan 32 pemain solo, duo dan skuad (berkumpulan) dengan ciri-ciri baharu termasuk lif, kolam (boost pools), kenderaan baharu, senjata dan banyak lagi untuk dicuba oleh para pemain. Malahan Tencent juga telah mengadakan Tournament bagi mempromosikan pelancaran peta baharu ini di Battleground.

Nampaknya Nusa mendapat perhatian ramai orang dan sambutan yang menggalakkan daripada peminat PUBG Mobile. Malahan sistem mata baharu juga telah diperkenalkan didalam Tournament ini dimana setiap fragment berjumlah 2 mata. Sistem ini sebenarnya diwujudkan bagi memberikan galakan kepada pemain untuk fokus kepada “kills.”

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!