MLBB: 3 hero combo terbaik Aulus sebelum capai Level 12!

Share

Di MPL Malaysia S9 pada kali ini, kita banyak melihat Aulus dibawa masuk sebagai core. Memang tidak dapat dinafikan Aulus memiliki power spike yang jitu apabila dia capai sahaja Level 12. Dia boleh jadi hero yang paling sakit selepas mendapatkan level yang diperlukan.

Tetapi, Aulus boleh sahaja di counter oleh hero lain. Salah satu permainan yang kita lihat adalah ketika RSG MY menentang pasukan Todak. RSG MY membawa masuk Aulus di dalam draft mereka sebanyak 3 kali berturut-turut. 

Sumber: MOONTON

Walaupun Aulus dikatakan akan dapatkan power spike yang lebih hebat di fasa late game, Todak masih boleh cari cara untuk counter Aulus. Nak kata yang sesuatu pasukan itu pasti akan menang jika membawa masuk Aulus di dalam draft, mungkin tidak begitu tepat. Kerana setiap hero ada cara untuk counter. Mungkin kalau banyak kali berada dalam draft, pasukan lawan boleh baca strategi & cara untuk counter hero tersebut. Bahaya!

Sebelum capai Level 12, ada beberapa hero combo Aulus yang boleh bantu dia dapatkan permainan dengan baik lebih-lebih lagi di fasa early game. Kami di Hyprgame akan senaraikan 3 hero combo Aulus yang terbaik versi Hyprgame!

3 hero combo Aulus yang terbaik sebelum Level 12

1. Bane 

Mungkin Bane bukan dikenali sebagai hero yang mampu beri damage besar kepada hero pihak lawan. Tetapi dia boleh jadi Fighter/Mage yang sangat efektif. Dia boleh beri damage fizikal terhadap pihak lawan dengan jerung yang boleh dihasilkan oleh seorang Bane.

Skill yang ada pada Bane boleh kenakan lantunan kepada pihak lawan. Dengan adanya Bane dalam draft bersama dengan Aulus, ia memang satu combo yang menjadi. Di fasa early game, Bane boleh poke hero pihak lawan. Dia juga diperlukan dalam team fight masuk sahaja di fasa late game. 

Jadi, dengan adanya Bane, Aulus boleh membuka ultimate dia terhadap hero pihak lawan. Dengan skill yang ada pada Bane & bantuan yang diberikan, peratus untuk menang team fight adalah tinggi. 

Sumber: MOONTON

2. Ruby 

Ruby boleh dikatakan salah satu hero Fighter/Tank yang sangat menjengkelkan & kebal. Power spike seorang Ruby akan lebih meningkat di fasa late game terutamanya apabila dia berhadapan dengan hero seperti Sun. 

Dia juga memiliki CC yang solid, yang membenarkan Ruby membantu rakan pasukannya berhadapan dengan team fight. Ruby boleh jadi combo yang terbaik buat Aulus kerana dia boleh mengunci hero pihak lawan.

Jadi, ia akan beri kelebihan untuk Aulus menghabiskan hero pihak lawan dengan mudah. Sebelum capai Level 12, memang Aulus perlukan bantuan. Kalau terjumpa combo Aulus + Ruby, memang sukar nak counter. 

Sumber: MOONTON

3. Rafaela

Rafaela juga merupakan salah satu hero support yang boleh beri healing pada hero rakan sepasukannya. Kemampuan yang ada pada Rafaela sama dengan Estes di mana kedua-dua hero ini boleh jadi hero combo terbaik Aulus. 

Kemampuan ini akan buat Aulus boleh survive dengan lebih agresif lagi. Ia beri kelebihan buat Aulus jika terdapat Rafaela dalam draft di mana Aulus tidak lagi fokus terhadap regen HP dengan adanya Rafaela sebagai support. 

Rafaela juga boleh keluarkan CC tambahan pada Aulus. Dan, semestinya ia akan membuat Aulus dapatkan snowball di fasa early game. Tanpa mencapai Level 12, Aulus boleh sahaja dapatkan power spike yang diperlukan. Hanya perlu hero combo yang sesuai sahaja!

Sumber: MOONTON

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!