Oli Lengkapkan Roster Talon Esports

Share

Musim baharu DPC akan bermula tidak lama lagi dan kita didengarkan pula dengan pelbagai berita mahupun khabar angin berkaitan perubahan roster bagi pasukan-pasukan yang ingin bersaing kelak. Salah satu yang menarik adalah berita tentang Oli sebagai pelengkap roster bagi pasukan Talon Esports di DPC 2022/2023.

Chan Chin Kien atau dikenali sebagai Oli didalam kalangan komuniti esukan Dota kini dengan rasminya telah diserap menjadi sebahagian daripada Talon Esports. Kerjasama Oli dan Talon Esports kini sudah lengkap sepenuhnya bagi persediaan mereka di DPC 2022/2023 Dota Pro Circuit.

Roster baharu yang dikemaskini ini akan mengambil alih tugas bekas pemain Talon Esports iaitu Brizio Budiana (Hyde) dan Damien Sau-Jing (Kpii) setelah dilepaskan pada 3 November 2022 lalu.

Kredit : Talon Esports

“We are happy to announce Oli as the final piece of our DotA 2 roster.” Talon Esports

“Kami gembira untuk mengumumkan Oli sebagai pelengkap kepada Roster Dota 2.” – Talon Esports

Terkini Roster Talon Esports bagi DPC 2022/2023 akan dibarisi oleh Nuengnara Teeramahanon (23savage), Rafli Rahman (Mikoto), Anucha Jirawong (Jabz), Worawit Mekchai (Q), Dan Chan Chon Kien (Oli)

Untuk pengetahuan anda, Oli menyertai Invictus Games pada lewat tahun 2018, Dan menjadi kunci kepada kejayaan organisasi tersebut apabila memenangi pelbagai kejohanan termasuklah di DOTA Summit 11 2019 dan juga Singapore Major 2021. Walaubagaimanapun Invictus Games yang digelarkan sebagai pencabar bagi acara TI10 akhirnya hanya berjaya meletakkan kedudukan mereka di tempat ke-4 ketika itu.

Tahun 2022, Ramai komuniti esukan yakin yang IG akan mengekalkan prestasi mereka pada musim berikutnya tetapi ianya menjadi tahun yang teruk buat mereka kerana diturunkan kepada divisi kedua (Second Division) di DPC China pada awal permulaan musim. Mereka kehilangan tempat untuk melayakkan diri ke Last Chane Qualifier setelah tewas ditangan Vici Gaming di Regional Qualifiers.

Mengambil Oli didalam Talon sebenarnya telah memberikan kejutan buat semua komuniti esukan, Walaubagaimanapun Oli masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan pasukan ini kerana dia berasal daripada Malaysia. Dengan pengalamannya didalam region China pastinya akan memberikan kelebihan kepada Talon untuk jangka masa panjang.

Perancangan Talon adalah untuk merampas semula tahta kejuaraan daripada Boom Esports dan juga Fnatic bagi musim yang akan datang. Walaubagaimanapun masih ada lagi beberapa perubahan yang belum lagi diumumkan kerana agak sukar untuk mengagak bagaimana keadaan Roster mereka di akhir bulan ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!