MSC 2022, Peluang Kedua Todak Di Lower Bracket.

Share

Masih terlalu awal untuk pasukan Tuan Rumah, Todak untuk keluar daripada MSC 2022 ini. Setelah ditumpaskan oleh pasukan RRQ Hoshi dengan skor 3-0, Todak harus akur dan turun ke Lower Bracket. Apakah masih ada harapan untuk Todak bangkit dan meneruskan perjalanan mereka di MSC 2022 ini ? 

Kredit : Main-Main ID

Todak berlawan dengan pasukan RRQ semalam pada pusingan Upper Bracket MSC 2022, namun begitu Clayy daripada pasukan RRQ Hoshi menggunakan Yve dengan baik sekali. Manakala Skylar pula menyerang mereka melalui Beatrix. 

Jika difikirkan pemain RRQ Hoshi daripada Indonesia ini sebenarnya mempunyai pool hero yang cukup luas sehinggakan pasukan lawan juga susah hendak mengawal corak , mencari titik kelemahan mereka. 

Kredit : MPL Malaysia

Walaubagaimanapun, pasukan Todak masih mempunyai kredibiliti sebagai pemenang MSC 2022, kerana melihatkan daripada prestasi permainan mereka sejak hari pertama MSC 2022, hinggalah tumpas ditangan RRQ Hoshi sudah cukup membuktikan yang mereka sememangnya layak untuk terus di MSC 2022

Kredit : Youtube Drama Streamer Malaya

Cuma mungkin langit tidak selalunya cerah, kekalahan boleh mengajar pasukan Todak untuk lebih mempersiapkan diri jika berjaya melepaskan diri di pusingan lower bracket nanti.

Kredit : Esports ID

Untuk pengetahuan, Todak menjadi top pasukan yang memberikan prestasi yang baik kerana mampu menumpaskan Onic Esports dan Smart Omega pada pusingan sebelum ini di MSC 2022.

Kredit : Youtube Farr Channel

Semoga Todak boleh memperbaiki segala kesalahan mereka untuk buat yang terbaik menerusi Match Lower Bracket pula.

Pasukan Todak akan berlawan dengan pasukan Falcon di pusingan Lower Bracket nanti. 

Teruskan semangat Todak, dan jangan berputus asa!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!