Sea Games 31 MLBB Capai 2.2 Juta Tontonan

Share

Baru-baru ini Sea Games 31, Mobile Legends Bang Bang MLBB telah memecahkan rekodnya sebagai permainan peranti mudah alih dengan meraih sebanyak 2.2 juta tontonan pada pusingan akhir MLBB Sukan Sea Hanoi, Vietnam.

Kredit : Twitter Mobile Legends Bang Bang

Akhirnya Mobile Legends Bang Bang berjaya memecahkan rekodnya apabila menerima jumlah tontonan yang melebihi jangkaan iaitu sebanyak 2.2 juta secara serentak di masa puncak Sukan Sea 31 berlangsung.

Kredit : Twitter Mobile Legends Bang Bang

Tambahan lagi, pusingan akhir yang menyaksikan pasukan terhebat dan menggerunkan seperti Filipina vs Indonesia sebenarnya telah menarik ramai penonton kerana saat itu pertandingan sangatlah sengit.

Kredit : One Esports

Untuk pengetahuan, ini merupakan nilai tontonan yang tertinggi lebih 10 kali ganda nilainya berbanding Sea Games Ke- 30 yang lalu.

Melalui carta esukan, pusingan akhir antara Indonesia dan Filipina mencapai nilai tontonan tertinggi. Manakala tontonan kedua tertinggi adalah perlawanan antaraa Indonesia dan Malaysia (Playoffs) dengan 1.74 juta tontonan.

Kredit : Youtube Mobile Legends Bang Bang Official

Selain itu, dalam match lain yang melibatkan kedua pasukan ini iaitu Indonesia dan Filipina juga menjadi Top 5 permainan yang kerap di tonton (Most-Watched Games). Ini juga merupakan pertandingan yang mempunyai 17 juta tontonan per jam dengan majoriti penontonnya adalah daripada Indonesia.

Kredit : One Esports

Sememangnya keputusan ini memberikan impak yang positif kepada arena esukan kompetetif ini dalam membina ekosistem yang baik dalam industri ini.

Disini kita boleh lihat yang Mobile Legends telah maju ke hadapan berbanding League of Legends Wild Rift, FIFA Online 4, Free Fire dan PUBG Mobile pada temasya Sukan Sea Hanoi Vietnam Ke -31, yang gemilang ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik