MPL MY S9: Eavy kekal, Suhaz Esports umum line up MPL

Share

Semakin hampir dengan MPL Malaysia S9, semaki banyak pasukan yang mula mengumumkan roster mereka. Suhaz Esports juga adalah pasukan MPL Malaysia yang telah mempersiapkan unit mereka untuk menempuhi musim baru MPL. 

Sebelum ini, Suhaz Esports ada mengumumkan pelepasan Eavy dari organisasi e-sukan tersebut pada November yang lalu. Tetapi selepas pengumuman roster Suhaz Esports di MPL Malaysia S9, Eavy kelihatan seperti kembali ke pasukan tersebut & akan memegang role sebagai EXP Laner.

Sumber: Suhaz Esports
Sumber: Suhaz Esports

Barisan pemain Suhaz Esports di MPL Malaysia S9 terdiri daripada: 

  • Padel — Pengurus 
  • Eavy — Exp Laner 
  • Hyhy — Gold Laner 
  • Rexvinn — Jurulatih 
  • Box — Jungler 
  • D Ace — Kapten 
  • Aj — Mid Laner 
  • Capt Sha — Support 

Suhaz Esports adalah salah satu pasukan yang memiliki pemain berpengalaman dalam roster mereka. Kalau nak diikutkan, pasukan ini boleh lagi dikategorikan sebagai pasukan yang konsisten. Cuma, kejuaraan MPL Malaysia masih belum lagi dimiliki oleh mereka. 

Kini, dengan roster yang diperkuatkan oleh Rexvinn sebagai jurulatih Suhaz Esports, mampukah mereka membuktikan kekuatan unit yang dibawa ke MPL Malaysia S9? Regular Season MPL Malaysia S9 akan bermula pada 18 Februari ini! 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!