Riot Mengumumkan format Kejohanan Dunia 2021

Share

Kejohanan League Of Legends yang akan dijalankan awal bulan hadapan, developer Riot Games telah mengumumkan format Kejuaraan Dunia itu di media sosial rasmi mereka baru-baru ini.

Kejohanan ini akan diadakan di Reykjavik, Iceland, Worlds dan akan dimainkan secara play-in, berkumpulan dan kalah mati. Bagaimanapun, 22 sahaja yang terpilih daripada 24 pasukan yang akan bertanding selepas dua pasukan daripada Vietnam tidak dapat untuk mengikuti Kejuaraan Dunia ini oleh kerana mempunyai masalah dengan permit perjalanan mereka.

Kejohanan ini mempunyai kumpulan hadiah hampir 2.3 juta USD yang akan diberikan kepada pemenang. Dan akan dimainkan secara luar talian (Offline).

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!