Team Bosskur juara PUBG Mobile Creator Games

Share
Sumber: eGG Network

PUBG Mobile Creator Games merupakan pertandingan kompetitif yang diadakan oleh Facebook Gaming.

Pertandingan kompetiif ini diadakan bagi mencari siapakah yang akan dinobatkan sebagai juara di Creator Games PUBG Mobile Regional Championship. 

Terdapat 4 buah negara yang akan bertanding dalam PUBG Mobile Creator Games di peringkat National Championship – Malaysia (15 pasukan), Thailand (14 pasukan), Indonesia (12 pasukan) dan Vietnam (12 pasukan). 

Manakala di Regional Championship, pasukan yang layak ke Regional Championship untuk 4 negara ini akan bertemu dengan 2 lagi negara iaitu Filipina dan Taiwan. Ini akan memberikan 16 pasukan secara keseluruhan.

Sebelum ini, di National Championship, Warganet yang terdiri dari 4 orang pemain – Manparang, FattahZie Gaming, Insomnus dan Knyg Izzuan telah dinobatkan sebagai Juara Malaysia Nasional (National Champion).

Sumber: Facebook Gaming

Kini, di peringkat Regional Championship, Team Bosskur telah merebut takhta kejuaraan dalam Creator Games PUBG Mobile Regional Championship.

Selepas 2 hari perlawanan berlangsung, Soloz, Zynn Interpuret, Naoki Gaming dan Obot Gaming berjaya menjadi juara Facebook Gaming Creators: PUBG Mobile Southeast Asia. 

Kehadiran Soloz dan auranya yang tersendiri di PUBG Mobile Creator Games membuatkan peminat Soloz tidak sabar menanti kemunculan pertama beliau di PMPL S4 MY/SG.

Tahniah kepada Team Bosskur kerana menjadi juara Facebook Gaming Creators PUBG Mobile Southeast Asia!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!