MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Bigetron Era Juara Bertahan MWI 2023

ai hyprgame
Kongsi
Bigetron Era Juara Bertahan MWI 2023

Gelaran Sang Ratu Mobile Legends Asia Tenggara sememangnya kena dengan Juara Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Women Invitational 2023, Bigetron Era.

Setelah bertungkus-lumus akhirnya Bigetron Era menjuarai acara ini setelah berjaya menewaskan pasukan GPX secara rata 3-0. Perjalanan divisi wanita MLBB Indonesia ini dikatakan cukup konsisten sejak daripada babak kumpulan sehinggalah maju ke Playoff. Mereka berjaya kekal fokus sehingga meratakan pasukan lawan.

Sejak memasuki dunia esukan kompetetif sekaligus menyertai perlawanan di 2020, Prestasi pasukan MLBB wanita ini sentiasa berada di kedudukan top dan sudah muncul beberapa kali sebagai juara.

Misalnya seperti tahun lalu, Bigetron Era turut menjuarai MWI 2022 setelah mengalahkan GPX Basreng dengan skor 3-1. Bigetron Era merupakan pasukan Mobile Legends Bang Bang Wanita dibawah Bigetron Esports yang terkenal di Indonesia.

Pasukan yang terdiri daripada CHELLL, VIVAL, VIVIAN, FUMI EKO, Dan CINNYYY ini akhirnya berjaya membuktikan yang mereka adalah pasukan wanita MLBB terbaik setakat ini. Tahniah buat Bigetron Era, GGWP !

Berjaya mengekalkan sebanyak 21 gelaran juara sepanjang penglibatan mereka didunia esukan MLBB ini, Ada peminat MLBB yang menyatakan pasukan wanita ini sudah sehebat atau lebih baik kebolehannya daripada pasukan lelaki khususnya MLBB di Malaysia.

Malahan ada juga peminat MLBB yang memberikan reaksi positif dengan mengatakan yang pasukan MLBB wanita ini mampu menempa kejayaan di Sukan SEA 2023, Dan kategori lelaki pula berkemungkinan didominasi oleh pasukan Filipina. Seperti yang kita telah ketahui, Industri esukan kompetetif khususnya bagi Mobile Legends Bang Bang di Indonesia dan Filipina sangat hebat kerana kebolehan sekaligus kualiti permainan mereka yang sudah setanding seperti ke kejuaraan dunia.

Pasukan manakah yang akan mendominasi di MPL MY S11 nanti? Adakah mereka akan kekal konsisten sehingga ke M5 World Championship dan MSC 2023? Atau bagaimanakah persembahan kontigen Indonesia di Sukan SEA Kemboja nanti? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

Ikuti Hyprgame di Facebook, Twitter, dan Instagram untuk update lebih lanjut!

Ikuti Funbet8 untuk peluang taruhan olahraga dan esports terbaru!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *