MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Perjalanan Dlar Daripada Pemain Pro Ke Dunia Penstriman

ai hyprgame
Kongsi
Perjalanan Dlar Daripada Pemain Pro Ke Dunia Penstriman

Pemain profesional Mobile Legends Bang Bang MLBB iaitu Dlar menceritakan kisah perjalanannya yang bermula daripada seorang pemain profesional dan meneroka ke bidang penstriman dunia esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB.

Bermula daripada kejohanan dunia Mobile Legends M3 sehinggalah dia diturunkan ke divisi Mobile Legends MDL, Dlar kini mula mencipta kerjayanya sebagai pencipta kandungan (Content Creator) untuk pasukan EVOS yang disertainya. Dlar atau nama sebenarnya Gerald Dlarskie Trinchera mengakui yang dirinya banyak melalui perubahan sepanjang penglibatan didalam arena esukan kompetetif ini.

Perjuangannhya di Indonesia telah memberikan Dlar pelajaran dan pengalaman ketika bermain diluar negaranya buat kali pertama. Ini kerana nasibnya tidaklah seperti teman baik yang lain seperti Kairi, Baloyskie, Dan Markyyy yang sudah bermain di pentas M Series dibawah pasukan luar negara.

Dlar pula diturunkan ke MDL Indonesia demi meningkatkan lagi pembelajaran dan komunikasi untuk beraksi pada perlawanan yang akan datang kelak. Dlar juga menambah yang peranannya sebagai EXP Laner Evos Legends amatlah mementingkan komunikasi demi kelancaran permainan di Land of Dawn.

Menurut Dlar, Potensinya sebagai pemain MLBB masih belum ditonjolkan kerana dia belum lagi bermain di pentas utama dan masih berada didalam tempoh latihan disamping belajar tentang bahasa.

Baginya komunikasi adalah hal pertama penting untuk dia menyesuaikan diri dengan rakan sepasukannya yang lain kerana seperti di Malaysia bahasa perantara adalah bahasa Malaysia atau Melayu, Dan hal yang sama juga di Indonesia yang rata-ratanya menggunakan bahasa Indonesia untuk berkomunikasi. Berbeza dengan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua yang dituturkan. Berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sahaja tidak mencukupi dan dia juga perlu fasih didalam bahasa yang digunakan oleh pasukan diluar negara itu.

Bangganya dengan Dlar adalah usahanya untuk belajar sentiasa ada, Malahan dia sangat berdikari mempelajari Bahasa secara sendiri. Oleh yang demikian dia cuba berbual dengan rakan-rakan sepasukannya demi mendalami bahasa tersebut. Hanya didalam beberapa bulan sahaja kita sudah melihat yang penggunaan bahasa Indonesianya semakin baik menerusi video penstriman langsung (livestream) Dlar di Youtube.

Perbezaan latihan Mobile Legends Bang Bang antara Filipina dan Indonesia sebenarnya ketara kerana persekitaran yang berbeza dan lebih santai, Berbanding melalui pengalaman yang meletihkan.

Walaubagaimanapun, Dlar masih merindui cara permainan di Filipina dengan mindset yang jika kalah tidak mengapa kerana sudah berusaha. Tetapi di Indonesia anda harus memberikan segalanya dan tidak boleh membuang masa kerana situasi MLBB di negara ini amatlah kompetetif.

Tidak mudah melatah, Dlar sangat bersyukur kerana semua yang dilaluinya ini adalah pengalaman berharga buat dirinya. Rakyat Indonesia sangat baik kepadanya dan hubungannya dengan bekas rakan pasukannya yang terdahulu juga masih baik.

Dlar juga menyatakan yang dia berazam untuk membuat kemunculan di M Series World Championship kelak. Mungkin jika bukan di musim terdekat kerana dia masih lagi sibuk dengan peranannya sebagai pencipta kandungan. Komuniti esukan akan melihat aksi Dlar di Musim Ke-12 sekaligus jika berpeluang Dlar akan meneroka pasaran di wilayah Kemboja pula.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *