MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Kemelut Antara Red Esports Dan Dragon

ai hyprgame
Kongsi
Kemelut Antara Red Esports Dan Dragon

Usai pengumuman Red Esports berkenaan Dragon yang sudah tidak lagi menjadi sebahagian pasukan ini, Mereka juga menyelitkan kenyataan yang divisi ini sentiasa membayar gaji pemain.

Kredit : RED Esports MY

“Kami tidak pernah sesekali gagal membayar gaji Dragon sebagai pembantu pengurus dan jurulatih sementara yang bernilai (RM1700 setiap bulan) ketika peringkat musim liga MPL MY S10.” – RED Esports

Semalam di media sosial dihangatkan dengan isu organisasi Red Esports MY yang telah mengeluarkan kenyataan berhubung bekas jurulatih mereka iaitu Dragon. Menerusi kenyataan divisi ini di akaun media sosial rasmi Facebook telah menyatakan yang mereka tidak pernah meninggalkan tanggungjawab sebagai organisasi esukan.

Tambahan lagi pembayaran gaji sudah dibayar sejak 24 September 2022 yang lalu seiring dengan tamatkan perkhidmatan Dragon sebagai pembantu pengurus dan jurulatih RED Esports pada bulan yang sama.

Tidak tahu kemelut apa yang melanda RED Esports dan bekas jurulatih mereka ini, Divisi ini menambahkan lagi kenyataan tentang Dragon yang dikatakan sering menggangu keharmonian pemain mahupun pasukan ini. RED Esports mengatakan yang Dragon telah memberikan tuduhan yang tidak berasas kepada mereka.

Namun begitu, Enggan dibiarkan kenyataan RED Esports tersebut menjadi tanda tanya, Dragon sendiri tampil mengeluarkan kenyataan seperti membalas kenyataan divisi tersebut.

Kredit : Dragon

Zairul Hazim Bin Zailani atau juga dikenali sebagai Dragon merupakan pemain Malaysia yang berkhidmat sebagai jurulatih RED Esports MY. Walaupun status beliau sebagai jurulatih divisi ini masih wujud didalam Liquipedia esukan, Pihak RED Esports pula telah memberikan kenyataan yang tempoh perkhidmatan Dragon sudah pun ditamatkan sejak September 2022 lalu.

Pernah berjuang bersama RED Esports ketika di KOHAI Championship Mobile Legends Bang Bang Musim Ke-2, Dan MPL Malaysia Musim Ke-10 lalu, Dragon menyatakan yang dia tidak takut dengan tindakan diambil oleh RED Esports dan menekankan yang dia hanya ingin mempertahankan haknya sebagai ahli pasukan (pemain/pekerja) RED Esports.

Menurut Dragon, Dia menggalas tanggungjawab sebagai pembantu pengurus dan jurulatih tanpa sebarang dokumen (hitam putih), Dan nasib tidak menyebelahinya apabila kesilapan pengurusan boleh ditutup dengan hanya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Seolah-olah kenyataan yang diberikan oleh RED Esports itu tidak munasabah, Dragon turut menambah yang jika dia sudah diberhentikan pada September 2022, Mengapa dia masih lagi muncul di Live Playoff Moonton ketika MPL MY S10 masih lagi berlangsung sehingga bulan Oktober 2022. Malahan tidak ada sebarang kenyataan mengumumkan yang Dragon diberhentikan daripada organisasi ini ketika itu.

Dragon telah membuat penjelasan terperinci sebagai respon atau balasan kepada kenyataan RED Esports MY di akaun media sosial rasmi Facebook dirinya sendiri.

Bekas jurulatih RED Esports ini juga menambah yang selepas Sora berhenti, Dia dipaksa menggantikan tempat Sora kerana organisasi ini tidak mampu mengambil pemain luar negara dan mengawal cara pemain tersebut didalam drafting sebagaimana Dragon dikawal oleh mereka.

Malahan kerana kurang kepercayaan organisasi ini juga turut menolak Dragon menjadi pembantu pengurus (Assistant Manager) daripada menjadi pengurus (Manager).

RED Dragon dikhabarkan tidak memberikan apa-apa dokumen yang berkaitan kepada Dragon kerana tidak mempercayai dirinya. Sedangkan menurut Dragon, Beliau sudah mempunyai pengalaman mengikuti Ashi (Todak MLBB) menguruskan dokumen tersebut sebelum ini.

Ketika itu Dragon dijanjikan dengan RM1,700 sebagai Manager, Coach sebanyak RM1,500 jika pasukan ini mampu melepasi Playoffs MPL MY S10, Dan RM800 jika tidak berjaya melepasi Playoffs.

Tanpa berfikir panjang dan teruja dengan gaji yang ditawarkan, Dragon sedikit cuai dengan dokumen perjanjian hitam putih sebelum menerima tanggungjawab yang harus digalas itu.

Segalanya telah diusahakan oleh Dragon bagi menggalas amanah tersebut dan meningkatkan pembangunan pasukan RED ESports MY. Tetapi seperti tidak dihargai oleh pihak berkenaan.

Jika benar gaji pada 24 September (gaji bulan Ogos) telah dilunaskan, Bagaimana pula gaji bulan September sehingga Playoffs MPL MY S10 tidak dibayar lagi?

Sepanjang berada didalam divisi ini, Dragon turut merasakan tekanannya tetapi masih meneruskan tugasnya tanpa sebarang rungutan di media sosial khususnya. Malahan Dragon juga di block daripada di Whatsapp oleh boss RED Esports MY ketika di minggu ke-6 MPL MY S10.

Bagi Dragon, Dia hanya menjalankan tanggungjawab berdasarkan pengalaman dan draft yang dilihatnya demi kebaikan pasukan RED Esports MY.

Merasa sangat kecewa, Dragon ingin mengundurkan diri daripada dunia esukan kompetetif ini yang dikatakan terlalu banyak memandang kroni dan sangat kotor.

Kenangan Dragon yang pernah mengembalikan Todak daripada persembahan di MPLI terdahulu sekaligus menyelamatkan RED Esports ketika mereka kehilangan Sora dahulu mungkin akan jadi khidmat terakhir Dragon didalam arena esukan MLBB ini.

Semoga kemelut yang melanda kedua-dua pihak ini dapatlah diselesaikan sebaiknya. Ini kerana hak kebajikan pemain sangatlah penting demi mengekalkan keharmonian sesebuah pasukan. Pemain merupakan aset kepada pasukan dan bukanlah barang yang tiada perasaan untuk dilakukan sesuka hati.

Selain itu nama organisasi akan turut terjejas setelah tersebar di seluruh dunia esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang. Kedua-dua pihak baik organisasi mahupun pemain harus saling bertimbang rasa, berbincang dengan baik, jujur untuk memahami antara satu sama lain.

Tidak tahu siapa yang benar siapa yang salah, Harapan kami di Hyprgame adalah untuk melihat MPL MY S11 memberi sinaran baharu kepada semua pihak, Semoga urusan pemain dan pasukan di permudahkan nanti.

Buat Dragon, Semoga urusan dia dipermudahkan dan terus bangkit daripada kekecewaan ini. Malahan ada antara peminat MLBB mencadangkan supaya Dragon kembali aktif menyertai pasukan lain didalam industri esukan MLBB ini. Ini kerana dia sudah mempunyai pengalaman dan bakat yang tak harus disia-siakan sekaligus membuktikan yang dia mampu menempa kejayaan membanggakan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *