MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Penjenamaan Semula Geek Fam Ke Geek Slate

ai hyprgame
Kongsi
Penjenamaan Semula Geek Fam Ke Geek Slate
Kredit : GGWP

Beberapa hari yang lalu Malaysia dikhabarkan dengan nama Geek Fam yang kini sudah bertukar kepada Geek Slate bermula daripada sekarang. Berita ini menimbulkan tanda tanya samaada perubahan ini hanya di aplikasi kan kepada divisi tertentu atau secara keseluruhan.

Kredit : @victorympl

Setelah sekian lama menunggu, Baharulah secara rasminya Geek Fam kini sudah dijenamakan semula kepada Geek Slate yang merangkumi divisi Mobile Legends Bang Bang MLBB, PUBG Mobile, Wild Rift dan Dota 2.

Nama baharu Geek Slate ini akan digunakan bagi kesemua divisi esukan dibawah Geek Fam. Ini berikutan Kolaborasi antara Geek Fam dan Avium Slate sempena penyertaan mereka di MPL Indonesia Musim Ke-11 ini.

Geek Fam merupakan organisasi esukan Malaysia yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur, Organisasi ini diasaskan oleh Keat dan Joseph pada 2016. Organisasi ini telah menjadi salah satu nama utama didalam arena esukan kompetetif di Asia. Bermula dengan divisi Dota 2 sekaligus penyertaan di beberapa perlawanan utama Dota 2, Geek Fam diluaskan lagi dengan penerokaan mereka dengan Mobile Legends Bang Bang MLBB, PUBG Mobile, Wild Rift dan lain-lain lagi.

Manakala Slate merupakan cawangan esukan dibawah Avium yang diasaskan oleh bekas CEO EVOS Esports iaitu Ivan Yeo menerusi pelaburan berjumlah RM8.8 Juta pada Ogos 2022. Ivan Yeo kini kembali ke industri esukan Geek Fam dengan wajah baharu jenama ini.

Kredit : @klauzerafin

” Melayakan diri ke TI adalah impian saya. Semasa saya duduk dengan Keat, Ia mengembalikan semula kenangan saya bersama EVOS. Semangat itu masih ada dan saya tidak sabar untuk memulakan perjalanan ini lagi.” – Ivan Yeo

Menurut Lim Keat Kuang (Keat), Beliau mengenali Ivan sejak diawal pembabitannya bersama scene esukan Asia sekaligus mempunyai minat yang sama didalam bidang ini.

Keat yang merupakan pengasas bersama Geek Fam turut menyifatkan yang sebaik sahaja mendapat peluang kolaborasi ini, Beliau tidak berfikir lama dan terus menerima idea kerjasama ini. Tambahan lagi rekod pencapaiannya (Ivan) didalam bidang ini membuktikan yang beliau berkemampuan untuk membangunkan Geek Slate ke Antarabangsa.

Kredit : @AviumOrigins

Selain penjenamaan semula Geek Fam ke Geek Slate untuk semua divisi esukan dibawahnya, Gabungan MPL Indonesia dan slot PMPL Malaysia juga tersenarai didalam projek kerjasama ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *