MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Valve Benarkan Krylat Sertai VP selepas roster lock

ai hyprgame
Kongsi
Valve Benarkan Krylat Sertai VP selepas roster lock
Kredit : VP

Valve telah membenarkan Virtus.pro untuk menandatangani kerjasama dengan Alxandr Krylatov (krylat) bagi menyertai DPC musim baharu.

Kredit : VP

Krylat akan menyertai roster Virtus.pro bagi menggantikan ahli pasukan mereka iaitu Kamil Biktimirov (Koma) yang telah di banned oleh Valve baru-baru ini.

Baru sahaja seminggu berlalunya isu “banned” kepada 10 pemain Eropah Timur (Eastern European) termasuk Koma yang merupakan pemain Virtus.pro, Pengemaskinian Roster kini mula dibuat bagi menghadapi cabaran musim baharu 2023

Situasi yang dihadapi oleh Virtus.pro ini tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana DPC 2023 akan bermula tidak lama lagi. Tambahan lagi pasukan ini tidak akan menerima sebarang penalti disebabkan perubahan roster selepas tempoh tersebut (Roster Lock).

Alexander Solomonov (StrangeR) yang berperanan sebagai Head of Dota 2 menyatakan keadaan ini amat mengejutkan dan memberi tekanan kepada pasukan. Walaubagaimanapun, Pasukan ini tidak boleh membuang lagi banyak masa dan harus memulakan pencarian calon baharu yang berpotensi buat mereka.

Selepas 2 hari berlalu, Krylat telah menjadi Carry baharu buat Virtus.pro. Virtus.pro telah menyarankan 3 calon dan menguji mereka dengan ujian permainan (test game). Kemudian mereka memilih Sasha dipilih yang berpengalaman sebagai Carry Player ketika di Top Division didalam DPC.

Penyertaan Sasha sebenarnya adalah peluang buat pasukan ini cuba fokus 100% kepada perlawaan. Walaubagaimanapun banyak latihan, usaha dan kerja harus dilakukan sebelum mereka beraksi semula.

Untuk pengetahuan anda, Krylat merupakan pemain terkenal di EEU Region dan memulakan kariernya pada 2018 didalam arena esukan kompetetif ini. Bintang Dota 2 ini pernah berkhidmat bagi pasukan Unique Nova dan PuckChamp. Malahan pernah bermain dengan Team Empire Hope pada 9 Disember lalu dan kini rasminya menyertai Virtus.pro.

Virtus.pro mengharapkan sokongan peminat buat Krylat, Squad1x, Noticed, sayuw dan Dukalis bagi perlawanan Dota 2 yang akan bermula Januari 2023 ini

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *