MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Permastunned Cipta Rekod Di Guinness World Records

ai hyprgame
Kongsi
Permastunned Cipta Rekod Di Guinness World Records

Di Malaysia jarang sekali kita mendengar tentang kewujudan pemain esukan yang kelainan upaya atau golongan istimewa bergiat aktif didalam industri permainan maya ini.

Kredit: Permastunned Gaming

Hal berbeza pula dengan pasukan esukan Permastunned Gaming yang unik mempunyai ahli pasukan kelainan upaya bersaing di divisi CS:GO, Valorant, Call of Duty, Overwatch, League of Legends, Dota 2, Dan Magic: The Gathering.

Permastunned Gaming baru-baru ini telah memenangi anugerah Guinness World Records dengan 10 orang pemain didalam satu pasukan menjadi pasukan esukan terbesar khas buat mereka yang kelainan upaya.

Anugerah ini telah diberikan kepada Co-Founder Permastunned iaitu Alexander Nathan (Cristal1337) yang mempunyai congenital muscular myopathy. Kondisi Alexander terlihat menjadikan dia sukar untuk menikmati suka, Tetapi permainan maya “Gaming” telah mengubah persepsi hidupnya untuk menjadi lebih baik.

Selain Alexander, Streamer yang lain termasuk Yakobis, Shattovv, Dan Adante juga telah mencipta misi bagi memberikan kesedaran tentang pemain esukan dengan kelainan upaya ini juga mampu meraih pelbagai pencapaian.

“In general, advocacy for disabled people in esports has pushed me to become politically active,” noted Alexander in an interview with Guinness World Records. “I’ve learned a lot about the philosophy of disability, sociology, accessible infrastructures, and what it means to live with a disability across different cultures.”

” Secara umumnya, Sokongan bagi orang kelainan upaya didalam esukan telah mendorong saya untuk menjadi aktif didalam bidang ini,” Jelas Alexander kepada Guinness World Records. “Saya telah belajar banyak tentang falsafah ketidakupayaan, sosiologi, akses insfrastruktur, Dam apa maksudnya untuk hidup dengan kelainan ini disamping masyarakat dengan budaya berbeza.

Divisi ini telah menghadapi pelbagai cabaran didalam dunia esukan profresional termasuklah kesukaran mendapatkan tempat didalam tournament. Ini demikian kerana, Kebanyakkan perlawanan tidak membenarkan alatan istimewa disediakan khas buat pemain yang kelainan upaya ini.

Alexander juga turut menekankan yang kemajuan bagi permainan “Games” perlu dipertingkan dengan lebih banyak lagi. Contohnya seperti akses kepada text dan sarikata disediakan bagi mereka yang kelainan upaya. Walaubagaimanapun cabaran terbesar adalah daripada masyarakat itu sendiri semaada mahu menyokong atau sebaliknya.

Jadi buat anda yang mempunyai kelainan upaya seperti pasukan ini, Jangan mudah putus asa kersna akan sentiasa ada ruang bagi peningkatan. Walaupun dengan kekurangan, Anda juga mampu membuktikan pasukan bukanlah pasukan yang underdog.

Setakat in Alexander berbangga dengan pencapaian pasukannya sekaligus membutikan yang kita boleh mengubah hidup ini. Untuk tahu lebih lanjut lagi mengenai pasukan ini, Inilah masanya untuk anda singgah ke laman media sosial rasmi mereka di Twitter Permastunned

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya