MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Nigma Serap ImmortalFaith Sebagai Ketua Jurulatih Baharu

ai hyprgame
Kongsi
Nigma Serap ImmortalFaith Sebagai Ketua Jurulatih Baharu

Daniel Moza atau juga dikenali sebagai ImmortalFaith didalam arena eskukan kompetetif ini telah rasminya menjadi ketua jurulatih baharu bagi pasukan Nigma Galaxy.

Kredit : Nigma Galaxy

Kebolehannya beradaptasi dengan in-game heronya menyebabkan bintang kelahiran Romania ini telah meraih pelbagai pengalaman sertai pencapaian sepanjang kariernya.

Pada 2019, ImmortalFaith pernah menjadi jurulatih kepada pasukan Vikin.gg dan menjadi ketua jurulatih kepada Team Tickles pada November 2021 sebelum menyertai Gaimin Gladiator juga sebagai jurulatih pada Februari 2022 yang lalu.

Selain menjadi jurulatih, Bintang Dota 2 ini juga sempat beraksi di medan pertempuran maya sebagai pemain sekaligus menyertai pelbagai kejohanan dan acara sepanjang kariernya didalam arena esukan ini.

Salah satu perlawanan adalah di ROG Masters 2017 Spain Qualifier, ImmortalFaith dan pasukannya berjaya mendapatkan kedudukan di Top 1 ketika itu. Malahan ImmortalFaith juga sudah menimba banyak pengalaman daripada perlawanannya yang telah lalu seperti di Romanian Dota Pro League S2, The International 2017 : European Open Qualifier #2, ROG Master 2017 EMEA Regional Qualifier, FACEIT PRO League Europe : January 2018, Pinnaccle Cup 2021, Dan lain-lain lagi.

Semoga dengan kehadiran ImmortalFaith didalam Roster baharu Nigma Galaxy ini dapat menebus semula kekalahan mereka sejak dua tahun berturut-turut untuk melayakkan diri ke TI10 dan TI11.

Apakah akan ada perubahan pada persembahan divisi Dota 2 Nigma Galaxy yang telah diperbaharui ini pada DPC yang akan datang? Kita tunggu dan lihat nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *