MEMUAT

Taip untuk mencari

Masa Untuk Six Invitational 2023 Montreal, Canada

ai hyprgame
Kongsi
Masa Untuk Six Invitational 2023 Montreal, Canada

Satu acara esukan yang mengetengahkan divisi Rainbow Six Siege kini kembali lagi bagi tahun 2023 ini. Perlawanan tahunan ini di hoskan oleh Ubisoft Entertainment S.A, Sebuah syarikat penerbit permainan video global Perancis yang ibu pejabatnya berpengkalan di Montreuil, Perancis.

Kredit : R6S Junkies

Six Invitational 2023 kali ini akan berlangsung di Montreal, Canada untuk mengumpulkan pasukan terbaik daripada seluruh dunia bersaing mendapatkan gelaran juara.

Pada tahun lalu, Acara ini telah menjadi salah satu acara ala World Cup dan oleh sebab itu Six Invitational kembali lagi pada tahun 2023 dengan kandungan yang lebih menarik.

Perlawanan ini akan membuka tirainya pada 7-19 Febuari 2023 dengan menyaksikan 20 pasukan terbaik bersaing dan melalui beberapa peringkat daripada Group Stage, Upper Bracket, Lower Bracket dan Playoffs.

Ini merupakan acara kejohanan dunia pertama Rainbow Six dengan penonton secara langsung sejak 2020. Oleh yang demikian, Ubisoft sudah bersedia untuk menjadikan acara ini benar-benar istimewa buat peminat dengan penambahan aktiviti lain juga.

Daripada 20 pasukan yang bersaing, Akan ada 16 pasukan sahaja yang melayakkan diri ke Six Invitational 2023 menerusi Global Standing. Kemudian 4 kekosongan masih boleh diraih di bulan Disember 2022 ini dan Januari 2023 melalui Six Invitational Qualifiers di Asia Pasifik, Eropah, Amerika Latin, dan America Utara.

Untuk tiket pula akan terbahagi kepada Operator Pass dan Elite Pass dengan Early Bird Offers, ganjaran in-game dan lain-lain lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut lagi mengenai kejohanan ini anda boleh melayari laman sesawang Rainbow Six Siege dan ikuti arahan selanjutnya untuk pembelian tiket.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *