MEMUAT

Taip untuk mencari

LOL

Liquid Serap Jungler Juara Dunia Ke LCS 2023

ai hyprgame
Kongsi
Liquid Serap Jungler Juara Dunia Ke LCS 2023

Setelah berkali-kali melalui musim yang mengecewakan, Salah sebuah organisasi League of Legends di Amerika Utara telah membuat keputusan untuk membina semua Roster yang lebih baik untuk menebus kekalahan mereka yang lalu. Team Liquid telah mendedahkan Roster baharu mereka bagi LCS 2023 dengan gabungan pemain veteran dan baharu didalam satu pasukan.

Kredit : Team Liquid

Oleh yang demikian, Divisi ini telah membawa dua ahli baharu iaitu pemenang Worlds 2022 Hong Chang-hyeon (Pyosik) dan juga bekas pemain Cloud9 Park Woo-tae ( Summit ) bagi persaingan di 2023 nanti.

Hong Chang-hyeon (Pyosik) yang berasal daripada Korea Selatan ini juga pernah menyertai pasukan DRX sejak 2019 sehingga November 2022 yang lalu sebelum menyertai Team Liquid. Bintang Worlds 2022 ini akan berperanan sebagai Jungler didalam pasukan Team Liquid dan akan melengkapi divisi ini bersama pemain veteran iaitu Jo Yong-in ( CoreJJ ), AD carry Sean Sung (Yeon), Dan juga Mid-Laner mereka Harry Kang (Haeri) pada kejohanan 2023 ini.

Kredit : Team Liquid

Ditambah pula dengan pengumuman terbaharu daripada ketua jurulatih Team Liquid Kang Jun-Hyeok (Dodo) yang turut menyatakan misi terbaharu Roster ini adalah untuk fokus membangunkan bakat-bakat muda bersama pengalaman pemain veteran berbanding misi mereka terdahulu yang lebih menfokuskan kepada nama besar didalam pasaran terbuka (Free Agency).

Harapan mereka dengan adanya pemain lama seperti Yeon dan Haeri dapatlah membawa Akademi Team Liquid ini kepada pelbagai kejohanan sekaligus membesarkan lagi bakat kebolehan pemain muda.

Seperti Pyosik yang mempunyai prestasi baik, CoreJJ yang merupakan wajah Team Liquid sejak 2018 lagi merupakan seorang ketua yang dikatakan sempurna buat bakat-bakat muda nanti. Manakala bekas pasukan Cloud9 iaitu Summit juga adalah seorang MVP dan Top Laner yang berkaliber dengan rekod baik mendominasi perlawanan sebelelum ini.

Nampaknya Team Liquid sudah bersedia menghadapi pencabar mereka pada tahun hadapan nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *