MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

EsportsMY MLBB Championship 2022 Tawar Prize Pool RM35,000

ai hyprgame
Kongsi
EsportsMY MLBB Championship 2022 Tawar Prize Pool RM35,000

Acara yang dinantikan akan tiba tidak lama lagi bakal menyerikan scene esukan kompetetif tanahair. Esports MY Mobile Legends Bang Bang MLBB Championship 2022 akan berlangsung di The Strand Mall Damansara bermula 9 Disember 2022 sehingga 11 Disember 2022.

Seramai 12 pasukan jemputan dan 20 pasukan kelayakan bakal bersaing untuk merebut hadiah terkumpul yang bernilai RM35,000 sekaligus menjadi juara.

Kejohanan ini dianjurkan oleh EsportsMY yang merupakan sebuah aplikasi lengkap ekosistem esukan di Malaysia yang juga menjadi saluran media atau berita esukan khususnya buat komuniti esukan di Malaysia. Selain itu acara ini juga adalah kerjasama Esportsmy bersama Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) dan juga TERAJU yang merupakan peneraju bumiputera di Malaysia.

EsportsMY MLBB Championship 2022 ini adalah terbuka kepada semua pemain MLBB termasuk Malaysia, Indonesia dan Brunei yang berminat.

Perlawanan ini terbahagi kepada Open Qualifier Format, Kemudian ke Playoff Format yang akan berlangsung secara dalam talian dan secara offline bagi acara kemuncak (finals).

Semoga dengan perlawanan sebegini dapat mencungkil bakat-bakat baharu MLBB arena esukan kompetetif sekaligus meluaskan lagi industri esukan di Malaysia ke peringkat global.

Untuk pendaftaran dan maklumat lebih terperinci anda boleh ke Instagram Esportsmy dan klik pada pautan di bio atau profile rasmi mereka. Pastikan untuk mengisi butiran pasukan dengan lengkap dan ikuti arahan selanjutnya.

Jadi apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda membentuk pasukan dan mengambil peluang untuk beraksi di arena esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *