MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

PMGC Survival Stage, Mampukah 4Rivals Menemukan Rentak Mereka?

ai hyprgame
Kongsi
PMGC Survival Stage, Mampukah 4Rivals Menemukan Rentak Mereka?

Perlawanan peringkat Survivak Stage PMGC 2022 telah bermuka semalam dengan prestasi baik pasukan SEA daripada Thailand iaitu Vampire Esports mengekalkan kedudukan mereka di Top 1 Overall Ranking. Manakala pasukan daripaa Serbia Rusia iaitu HVVP yang jatuh menjunam ketika di peringkat berkumpulan bangkit berada di Top 2 dengan 34 mata singkiran, 1 WWCD dan 67 markah hari pertama Survival Stage kumpulan Merah vs Hijau semalam.

Kredit : PUBG Mobile Esports

Dalam pada itu, Keadaan wakil Malaysia iaitu 4Rivals berada di kedudukan yang membimbangkan kerana setelah habis 6 pusingan mereka masih tidak menemui rentak di Survival Stage ini. Pasukan 4Rivals menamatkan hari pertama Survival Stage semalam dengan mengumpul 18 Elims tanpa sebarang WWCD dan Total Points sebanyak 32 sahaja sekaligus meletakkan diri mereka di Top 14 jauh daripada pasukan SEA lain iaitu Bacon Time dan BTR yang berada dihadapan.

Pasukan daripada Korea iaitu DWG KIA nampaknya memberikan saingan sengit dan tamparan hebat kepada wakil Malaysia kita 4Rivals ketika perlawanan semalam. Adakah kerjasama yang kurang padu menyebabkan mereka hilang momentum? Atau strategi 4Rivals tidak kemas dan kurang tepat ketika di PMGC 2022 ini?

Seramai 24 pasukan akan berentap didalam babak Survival Stage PMGC 2022 ini dan merebut peluang terakhir untuk mengunci slot mereka menjadi Top 16 untuk mara ke Last Chance. Kemudian baharulah mereka akan bersaing untuk menjadi 5 pasukan terbaik menempah slot terakhir ke PMGC Finals nanti.

Adakah 4Rivals akan menggunakan peluang terakhir pada Survival Stage Jumaat ini untuk mara ke peringkat selanjutnya? Atau harapan dan impian komuniti esukan kompetetif khususnya peminat mereka akan terhenti ditengah jalan?

Kredit : PUBG Mobile Esports

Untuk pengetahuan anda, Hadiah terkumpul bagi Survival Stage PMGC 2022 ini adalah sebanyak $4,000,000 Dan akan menjadi rebutan buat kesemua pasukan yang bertanding. PMGC 2022 Survival Stage ini akan berlangsung selama 3 hari iaitu 30 November, 1 Disember dan 2 Disember 2022, Kuala Lumpur Malaysia.

Bagi hari pertama kita telah menyaksikan pertempuran diantara 16 pasukan iaitu LGD Gaming, Agonxi8 Esports, DRS Gaming, Bigetron Red Aliens, 4RIVALS, Titan Gaming, Nigma Galaxy, BOX GAMING, Bacon Time, DWG KIA, VAMPIRE ESPORTS, SKYLIGHTZ GAMING, HVVP POWR Esports, Alpha 7 Esports, Dan iNCO Gaming bersaing untuk berada dikedudukan selamat.

Petang ini pula kita akan menyaksikan perlawanan Survival Stage diantara kumpulan Hijau vs Kuning pula untuk memanjat ke kedudukan yang lebih selesa ke Last Chance nanti!

Sementara itu sama-samalah kita mendoakan, memberikan suntikan semangat dan sokongan kepada wakil Malaysia 4Rivals untuk bangkit meluncur ke kedudukan lebih baik pada Jumaat nanti!.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *