MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags:

SEM9 Perkenalkan Lineup Baharu ESL Snapdragon Pro Series

ai hyprgame
Kongsi
SEM9 Perkenalkan Lineup Baharu ESL Snapdragon Pro Series

Pasukan SEM9 semalam telah mengumumkan akan kehadiran lineup baharu mereka bagi acara ESL Malaysia Snapdragon Mobile Challenge yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Selain di Facebook, SEM9 juga memperkenalkan lineup ini menerusi Twitter mereka iaitu dengan menampilkan Muhammad Azman Buyung (NewB), Muhd Aiman Hariz Idris (Ashura), Muhd Faris Mohd Sharol ( ZennOP ), Dan Suaa sebagai jurulatih divisi Free Fire SEM9.

Untuk pengetahuan anda, Ashura dan ZennOP merupakan wajah baharu kepada divisi Free Fire SEM9 dan bersaing pada acara ESL Snapdragon Mobile Challenge yang akan berlangsung pada 2 Disember 2022 ini.

Roster atau Lineup yang telah dikemaskini ini juga akan disertai oleh 3 orang lagi pemain Free Fire SEM9 iaitu RAJAA, MAN04, Dan FIKRYXI bagi menghadapi persaingan di perlawanan tersebut.

Hampir kesemua lineup ini mempunyai pengalaman menyertai pasukan lain sebelum bersama SEM9, FIKRYXI merupakan bekas pasukan Geek Fam sejak March 2022 sehingga Oktober 2022. Pencapaian terbaiknya adalah di Free Fire Challengers Series Season 2 selain pernah menimba pengalaman di Free Fire Challengers Series Season 1, MCP Majors S3, Dan MCPS Majors S4. Sama juga seperti MAN04 yang sempat berkhidmat bersama Geek Fam pada kejohanan yang lalu.

Snapdragon Pro Series juga singkatan kepada SPS iaitu Snapdragon Mobile Open (SMO) merupakan siri perlawanan esukan yang mengambil hampir kesemua wilayah didunia mempersembahkan pemain-pemain unik untuk sama-sama bersaing mendapatkan tahta kejuaraan. Mobile Challenge merupakan acara kemuncak bagi Snapdragon Mobile Open Series 2022.

Siri kejohanan ini dianjurkan oleh ESL secara dalam talian dan offline sekalius menawarkan Prize Pool terkumpul sebanyak $300,000 USD. Peringkat final yang dijalankan secara offline akan diadakan di Jakarta, Indonesia dimana perlawanan terakhir pada 5 Januari 2023 nanti.

Untuk maklumat lanjut lagi mengenai pasukan-pasukan lain yang bertanding, Dan juga untuk menonton acara ini, Anda boleh terus singgah ke Facebook ESL Malaysia.

Teruskan memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding!


Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *