MEMUAT

Taip untuk mencari

LOL

Juara Dunia LoL Nuguri Bersara

ai hyprgame
Kongsi
Juara Dunia LoL Nuguri Bersara

Walaupun prestasi DWG agak memberangsangkan ketika di LCK Spring Playoffs pada kedudukan Top 3, Top 4 di Summer Split dan Top 3 ketika di Worlds 2022, Kejuaraan mereka tidak bertahan lama setelah tewas ditangan pasukan GenG dengan skor 2-3 di Quarterfinals yang menjadikan kedudukan mereka ketika itu di tempat ke 5-8 carta.

Kredit : Ashley Kang

Bagi kebanyakkan pemain profesional esukan kompetetif ini, Mereka tidak akan selesa dengan kedudukan tersebut didalam carta sehingga merasakan keputusan tersebut bukanlah yang terbaik di musim ini. Nuguri juga merupakan sebahagian daripada DWG (DAMWON Gaming) yang berjaya mengalahkan pasukan Suning sebanyak 3-1 ketika di pusingan Grand Finals Worlds 2020 yang lalu.

Setakat ini tidak ada sebab yang munasabah tentang keputusan tiba-tiba Nuguri untuk bersara daripada dunia profesional esukan LoL. Oleh yang demikian tidak ada sebarang spekulasi dibuat dan peminatnya juga mengharapkan yang Nuguri akan bersara hanya untuk sementara waktu sahaja. Sudah menjadi lumrah apabila kebanyakkan pemain profesional seperti Nuguri cepat mencari kerja lain berbanding meneruskan hobi mereka sekaligus meraih pendapatan daripada minat tersebut.

Pemuda yang berusia 23 tahun ini juga pernah menjadi Top Laner bagi pasukan Fun Plus pada 2022 sebelum menyertai Damwon (kini dikenali sebagai DWG KIA) pada April yang lalu.

Untuk pengetahuan anda, Khabar angin tentang tahap kesihatan Nuguri tersebar ketika di Offseason yang mungkin menjadi penyebab dia untuk berganjak daripada dunia profesional ketika di Spring Split 2022. Walaubagaimanapun, Pemain ini telah dibubarkan pada masa itu, Dan sebab dia ingin bersara masih tidak diketahui umum.

Dengan keputusan Jang Ha-gwon atau sering disapa Nuguri ini untuk bersara sudah tentu menyebabkan dunia esukan Korea terasa seperti kehilangan Top Laner paling ikonik. Kehadiran dia pasti akan menjadi kenangan dan ingatan didalam hati peminat DWG KIA khususnya.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *