MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Geek Fam Wakil MY Pertama GF PMGC 2022

ai hyprgame
Kongsi
Geek Fam Wakil MY Pertama GF PMGC 2022

Selama 4 hari pertarrungan kumpulan kuning peringkat berkumpulan dilalui oleh 16 pasukan terbaik PUBG Mobile serata negara. Akhirnya Geek Fam berjaya menjulang kedudkan teratas Top 1 Overall Ranking PMGC 2022 semalam sekaligus melayakkan diri mereka secara terus ke babak Grand Finals (GF) PMGC 2022 nanti.

Kredit : Mariah A

Untuk pengetahuan anda, Geek Fam merupakah satu-satunya pasukan Malaysia yang bertarung dan bersaing dengan pasukan lain didalam kumpulan kuning PMGC 2022. Sejak hari pertama babak ini lagi Geek Fam bermula dengan baik, Malahan mereka kekal fokus untuk terus konsisten berada dikedudukan pertama carta.

Kredit : PUBG Mobile Esports

Wakil Malaysia ini berjaya meraih 143 mata singkiran, Triple WWCD, Dan 292 Total Points pada hari Ke-4 perlawanan semalam. Ini menjadikan Geek Fam pasukan yang mempunya jumlah keseluruhan mata tertinggi meninggalkan pasukan lain yang juga hebat dibelakang mereka.

Sebagai permulaan yang baik semalam, Pasukan Geek Fam sempat meratakan RC daripada Jepun dan 4AM daripada China untuk mendapatkan WWCD dan 17 Elims. Malahan Uhigh menjadi MVP terbaik dengan 10 Elims. Diharapkan Geek Fam akan terus meraih jumlah Elims dan Placement yang sebegini ketika di Grand Final PMGC 2022 nanti.

Selain Geek Fam, Pasukan 4AM dan T2K yang berada di kedudukan Top 2 – Top 3 juga akan turut serta ke Grand Finals PMGC 2022 yang akan berlangsung di Indonesia. Pasukan 4AM medapat 114 Elims, Triple WWCD dan jumlah markah sebanyak 231 semalam. Manakala pasukan T2K mengumpul 92 Elims, Double WWCD dan 214 Total Points.

Persaingan diantara RC dan T2K juga agak sengit kerana kedua-dua mereka mempunyai point yang sama pada minit-minit akhir perlawanan kerana masing-masing ingin mendapatkan tiket ke Grand Finals.

Kini tiba masa untuk kita menyaksikan babak Survival Stage buat pasukan yang dberikan peluang kali kedua untuk menempah tiket ke Grand Finals PMGC 2022 setelah gagal meraih 3 teratas ketika di peringkat kumpulan masing-masing secara langsung pada 30 November sehingga 2 Disember 2022.

GG dan tahniah Geek Fam!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *