MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Geek Fam Tetap Konsisten Mendominasi Top 1 PMGC 2022

ai hyprgame
Kongsi
Geek Fam Tetap Konsisten Mendominasi Top 1 PMGC 2022

PUBG Mobile Global Championship 2022 bagi perlawanan kumpulan kuning sudah masuk hari yang Ke-3 semalam, Menerusi Overall Ranking sumber Facebook PUBG Mobile Esports Malaysia telah menunjukkan wakil Malaysia iaitu Geek Fam berjaya mendominasi perlawanan tersebut.

Kredit : PUBG Mobile Esports

Geek Fam muncul di kedudukan Top 1 dengan meraih jumlah Elims sebanyak 106, Double WWCD dan 226 Mata. Mereka menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya meraih lebih 200 points hanya dalam masa satu hari perlawanan sahaja. Kesungguhan Uhigh untuk memberikan firepower terbaik buat Geek Fam terserlah ketika berjaya makan ayam dan mencatat 17 elims dengan MVP Uhigh (8 ELIMS) ketika di match 4.

Selain Uhigh, Aksi Damrude ketika berhadapan dengan Falcon juga tak kurang hebatnya. Dia sempat melanggar (Knock) sebanyak 2 kali Team Falcon dan juga meratakan BJK untuk meraih WWCD ketika perlawanan semalam.

Selain Geek Fam, Dua lagi pasukan yang berada di kedudukan teratas adalah 4AM daripada China dan Reject daripada Jepun. Pasukan 4AM semalam memungut 92 Elims, Triple WWCD dan 179 mata keseluruhan. Manakala pasukan Reject daripada Jepun pula meraih 83 Elims, Dengan double WWCD dan 166 points. Kedua-dua pasukan ini kini berada di tangga Top 2 dan Top 3 Overall Ranking kumpulan kuning semalam.

Walaubagaimanapun kedudukan semalam tidak harus menjadikan diri mereka selesa kerana pasukan yang lain juga sedang mengejar mereka. Ini kita dapat lihat pengalaman yang sama terjadi kepada pasukan HVVP pada perlawanan minggu lalu, Mereka mendominasi selama 3 hari berturut-turut tetapi akhirnya tumbang ketika di hari Ke-4 perlawanan kerana tewas dengan STE yang telah mendahului di Top 1.

Oleh itu hari ini Geek Fam harus mendapatkan mata jauh lebih tinggi berbanding hari-hari sebelumnya dan harus agresif agar berjaya mendapatkan kill point terbaik pada setiap permainan. Sedikit langkah sahaja lagi untuk ke Grand Finals PMFC 2022, GG dan Good Luck Geek Fam!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *