MEMUAT

Taip untuk mencari

LOL
Tags: , ,

ARAM Clash Sempena Kemaskini Howling Abyss Disember Ini

ai hyprgame
Kongsi
ARAM Clash Sempena Kemaskini Howling Abyss Disember Ini

Sempena menyambut akhir tahun ini, Riot Games telah mengumumkan yang LoL League of Legends akan boleh menyertai ARAM Clash pada 10 Disember dan 11 Disember 2022 ini.

Kredit : Sick-rhaian

Acara ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dengan pengemaskinian Game Mode nya bagi musim-musim yang akan datang. Oleh yang demikian Riot juga akan melancarkan wajah baharu kepada Howling Abyss Map didalam acara ini nanti. Pemain boleh menyertai perlawanan mini (Mini Tournaments) pada minggu tertentu seperti sebelumnya di Summoner’s Rift Map.

ARAM Clash akan berlangsung mengikut tarikh yang kami sebutkan di awal tadi iaitu selepas 3 hari perubahan tersebut disiarkan secara langsung. Sebelum ini Game Mode bagi ARAM adalah berkonsepkan non-competetive casual mode yang biasanya telah diguna ramai pemain. Walaubagaimanapun pembangun ingin melakukan lebih lagi kepada peminat permainan ini dengan mengubahnya kepada permainan yang lebih kompetetif didalam perlawanan ini nanti.

Sudah sedekad ARAM clash menggunakan mode yang sedia ada dan mungkin agak lama, Dan kini mereka akan memberikan perubahan kepada Howling Abyss Map yang boleh menangani kuasa Ranged Champion yang menyerang pemain )Close Ranged) di awal permainan. Melee champion ini biasanya menggunakan senjata seperti pedang, keris (Daggers) atau hanya dengan tangan mereka.

Kredit : League of Legends ES

Selain itu Melee Champion akan meraih bonus magik untuk bersaing dengan tekanan yang diberikan oleh Ranged Champion termasuk mendapatkan Nerfed dan penyingkiran.

Perubahan pada peta Howling Abyss ini juga akan memperlihatkan visual grafik yang lebih baik dan juga mekanikalnya yang baharu. Penambahan Hexgates akan menjadi pelengkap kepada kemaskini ini yang membolehkan pemain untuk kembali beraksi dengan cepat. Aksesori baharu yang ditambah juga akan meninggalkan kesan setelah Towers dimusnahkan sekaligus menambahkan lagi halangan atau cabaran baharu didalam permainan ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya