MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

nAts, Redgar, Dan Sayf Lengkapkan Team Liquid

ai hyprgame
Kongsi
nAts, Redgar, Dan Sayf Lengkapkan Team Liquid

Nampaknya Team Liquid benar-benar serius ingin mendominasi di Valorant musim baharu 2023 nanti, Mana tidaknya Team Liquid telah menyerap beberapa bintang esukan kompetetif didalam Roster mereka kini.

Kredit : Team Liquid Valorant

Di akaun media sosial Team Liquid telah mengumumkan yang bekas pemain Gambit Esports dan pasukan M3 Champion iaitu Ayaz Akhmetshin (nAts), Igor Vlasov (Redgar) secara rasminya telah menjadi sebahagian Roster Team Liquid ini. Tidak hanya mengambil mereka berdua, Team Liquid juga menyerap masuk Sif Jibraeel (Sayf) yang pernah bermain buat Guild Esports didalam divisi musim baharu 2023.

Selepas 3 posisi didalam roster mereka sepi tanpa Adil Benrlitom (ScreaM), Nabil Benrlitom (Nivera), Dan Dmitry Matvienko (dimasick), Lineup mereka ini akhirnya terisi semula oleh bintang-bintang berbakat nAts, Redgar dan Sayf pula

Ketiga-tiga Trio ini akan menyertai Eliad Olkkonen (Jamppi) dan Dom Sulcas (Soulcas) sebagai satu pasukan Liquid untuk beraksi di medan pertempuran kelak.

Untuk pengetahuan anda, Team Liquid pernah melayakkan diri di Master Reykjavik dan VCT 2022,Tetapi mereka telah tersingkir di babak Playoff bagi kedua-dua acara ini.

Kredit : Team Liquid Valorant

Namun begitu persembahan mereka di VCT EMEA Last Chance Qualifier adalah memberansangkan setelah berjaya menewaskan nAts dan Redgar yang masih bersama pasukan mereka ketika itu. Team Liquid seterusnya berjaya ke VCT Champions Istanbul 2022 sekaligus menjadi pasukan 3 teratas yang hanya dibelakang FunPlus Phoenix dan Fnatic.

Walaubagaimanapun Team Liquid ingin melakukan hal yang baharu di 2023 ini apabila mengambil keputusan untuk meletakkan Redgar sebagai In-Game Leader mereka.

Team Liquid telah membuktikan yang mereka selayaknya berada di arena antarabangsa dan mengharapkan dengan penambahan Roster baharu daripada ketiga-tiga pemain yang berpengalaman seperti di Master Berlin 2021 dapat menjadikan mereka sebagai saingan sengit VCT 2023 kelak.

Kredit : Team Liquid Valorant

Pernah memberikan Debut di Master Copenhagen, Sayf berjaya menempatkan dirinya di tempat kedua Leaderboard dengan K/D dan Average Combat Score ACS yang mengagumkan.

Cabaran buat Team Liquid bagi tahun hadapan adalah yang terbesar kerana bakal berhadapan dengan 30 lagi pasukan Valorant yang akan bersaing di Sao Paulo Brazil Febuari nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *