MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

AV Radicals Juarai MCPS Majors S4

ai hyprgame
Kongsi
AV Radicals Juarai MCPS Majors S4

MCPS Majors Musim Ke-4 telah pun menutup tirai secara rasminya, Dan pasukan AV Radicals daripada Filipina telah pun menjuarai siri kali ini sekaligus menjadi pasukan pertama ke siri dunia Free Fire FFWS nanti.

Ternyata AV Radicals telah membuktikan yang mereka tidak hanya padu di peringkat Liga, Malahan juga hebat beraksi di peringkat Grand Finale juga.

Pasukan AV Radicals berjaya mendapatkan 5 Booyah, 130 Total Kills, 129 Placement Points, dan 259 Total Points. Hasil kemenangan ini telah melayakan pasukan AV Radicals untuk membawa pulang wang hadia sebanyak USD$26,500.

Manakala pasukan Expand pula yang telah dinobatkan sebagai Naib Juara MCPS Majors S4 ini berjaya membawa pulang wang hadiah sebanyak USD$14,500 sekaligus meneruskan perjuangan mereka di babak Play-Ins, FFWS Bangkok nanti.

Untuk pengetahuan anda, kesemua pasukan yang berada di Top 6 terbaik juga akan melayakan diri mereka ke MCPS Majors Season 5 pula. Ini menandakan pasukan Farang Esports, Geek Fam, Todak dan EWG akan automatik mara ke MCPS Majors Season 5 nanti.

Walaupun kemenangan kali ini adalah berpihak kepada pasukan daripada negara lain, Ini tidak bermakna satu pengakhiran kepada pasukan Malaysia kerana mereka telah melakukan yang terbaik sepanjang Liga dan Grand Finals ini. Semoga kemenangan akan ada buat pasukan Malaysia pada musim MCPS yang akan datang nanti.

Seramai 12 pasukan telah pun bertanding bersama AV Radicals didalam kejohanan Grand Finals ini dan komuniti esukan Free Fire juga telah menyaksikan prestasi yang terbaik daripada pasukan Malaysia juga seperti Expand, Farang, Geek Fam, dan Todak. Walaupun Expand kalah disebabkan Placement Points mereka, ini tidak menghalang pasukan Malaysia ini untuk membuktikan yang mereka bukanlah pasukan yang mudah untuk diratakan sehingga berjaya menjadi Naib Juara bagi MCPS musim ini .

Kesemua peserta lain yang bertanding juga tidak kurang hebatnya kerana bukan mudah untuk memasuki ke babak liga ini dan hanya yang layak daripada points atau pemarkahan sahaja yang boleh berada di peringkat ini.

Berada di peringkat Liga juga sudah cukup membanggakan dan berharap semoga pasukan Malaysia akan melakukan yang terbaik untuk kejohanan seterusnya bagi mengharumkan nama Malaysia didalam kancah esukan kompetetif Free Fire.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *