MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Raikan MCPS 4 Finale Di Offline Watch Party!

ai hyprgame
Kongsi

Raikan MCPS 4 Finale Di Offline Watch Party!

Liga MCPS 4 Free Fire telah pun menutup tirainya baru-baru ini, Dan kini kita akan beralih ke babak Grand Final yang akan berlangsung pada 8 dan 9 Oktober 2022.

Sehubungan dengan itu, Garena Free Fire dengan bangganya mempersembahkan acara Watch Party yang juga akan diadakan pada tarikh yang sama babak Grand Final bermula.

Terdapat pelbagai hadiah menarik akan menjadi milik anda pada acara tersebut seperti Jaket Bomber MCPS Edisi Terhad, Jaket Varsity Free Fire Untuk Semua, Kod Item Didalam Game, Plushy, dan Patch Sulaman Free Fire.

Untuk pengetauan anda, kesemua senarai item ini akan diberikan kepada mereka yang hadir awal terlebih dahulu dan cabutan bertuah. Penyertaan acara ini bermula pada jam 12.30 tengahari bertempat di Khemah Karnival Esports Stadium Nasional Bukit Jalil. Jadi jangan lupa untuk tandakan kalendar anda sekarang!

Anda juga berpeluang untuk bertemu dengan personaliti esports kegemaran pada Watch Party MCPS 4 ini dan juga berpeluang untuk mengambil bahagian didalam cabutan bertuah.

Selain item-item untuk Watch Party ini, Garena Free Fire juga mengajak peminat dan komuniti untuk menyertai pengundian ganjaran Peringat Gangsa, Perak dan Emas. Pilihan yang paling banyak diundi akan dipilih dan dibuka apabila mencapai nilai antara 8k-20k penonton mengikut jenis atau pilihan.

Jadi anda, keluarga dan rakan akan mendapatkan peluang untuk membuka ganjaran percuma menarik ini! Malahan anda juga berpeluang untuk mendapatkan skin percubaan 7 hari MP40 – Haven Warrior, Skin Trak Bonebruiser Monster, Skin Machete Underworld Curl dan juga skin senjata KEKAL bertemakan FFWS.

Jika anda terlepas peluang untuk melihat minggu akhir penutup liga MCPS 4, Anda boleh menonton video perlawanan dia laman sosial rasmi Free Fire Malaysia.

Siapakah yang akan menjadi juara baharu dalam Grand Final musim ini? Apakah pasukan Expand yang telah menjuarai peringkat liga akan mengekalkan momentunya dia Finals pula? Adakah kesemua 12 peserta yang terdiri daripadanya barisan popular seperti Geek Fam, Todak, Farang, Axis, SEM9, dan Blacklist International akan mengejar Top 1 nanti ? Ketahui pada 8 & 9 Oktober ini !

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *