MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Stoned And Co Berkolaborasi Bersama MPL MY

ai hyprgame
Kongsi
Stoned And Co Berkolaborasi Bersama MPL MY

Akhirnya teka-teki di media sosial berkenaan hantaran yang dimuatnaik oleh Stoned & Co baru-baru ini dengan lakaran logo tanpa isi telah terjawab apabila semalam mereka telah mengumumkan kolaborasi rasmi mereka yang terbaharu.

Stoned & Co yang merupakan jenama lokal Malaysia semalam telah mengumumkan akan kolaborasinya bersama organisasi esukan iaitu MPL Malaysia bagi musim ini.

Pengumuman ini telah pun dibuat menerusi muatnaik hantaran di media sosial rasmi milik Stoned & Co sendiri. Malahan organisasi lokal ini telah membuka pra-jualan bagi produk mereka buat peminat esukan khususnya Mobile Legends Bang Bang dan MPL MY.

Jenama pakaian yang popular ini sebelumnya telah pun banyak melancarkan pelbagai koleksi yang rata-ratanya berkualiti, kreatif, premium, ekslusif, unik dan kena dengan jiwa pengguna. Produk-produk yang dihasilkan mempunyai inspirasi seni, budaya dan tabiat masyarakat yang berbeza khususnya di Malaysia. Apa kata anda cuba singgah ke platform media sosial mereka dan lihatlah sendiri sillhouette yang dihasilkan bagi setiap helaian produk mereka.

“Rekaan Stoned & Co X MPL jika dilihat agak terikat dengan kolaborasi ini, tetapi pada masa yang sama rekaan ini nampaknya lebih umum jadi sesuai dipakai oleh kanak-kanak juga .” – Adama W.E

Kredit : Stoned & Co

Menerusi Stoned & Co sendiri, mereka mengatakan yang kolaborasi ini sangat penting dan telah lama menjadi impian mereka untuk berkolaborasi dengan industri yang berbeza seperti MPL MY ini. Malahan ianya seperti tema Stoned & Co sendiri untuk mewakili golongan muda dan mereka yang meminati esukan didalam pembuatan produk mereka.

Untuk pengetahuan, koleksi bagi kolaborasi ini akan menampilkan 5 produk yang mengetengahkan kedua-dua konsep game dan pakaian iaitu 3 kemeja T, 1 jersi dan 1 hoodie. Apa kata anda dapatkan koleksi ini sekarang di website www.stonedandco.com

Sudah tentu sekali rekaan-rekaan yang dihasilkan ini adalah untuk meraikan pasukan MPL MY yang bersaing didalam kejohanan tersebut. Malahan ianya juga melambangkan kemenangan!

Stoned & Co juga menyifatkan setiap rekaan adalah mewakili pasukan yang bertanding, Dimana mereka menjadikannya sebagai suatu identiti pasukan yang mempunyai semangat juang tinggi dan corak permainan tersendiri.

Kredit : Stoned & Co

Baju-baju ini akan diperagakan oleh pasukan-pasukan MPL MY yang bersaing bagi musim ini dan semoga dengan mengenakan rekaan ini akan memberikan semangat buat mereka yang bertanding.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *