MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Global Esports Tambah Roster 10 Pemain VCT 2023

ai hyprgame
Kongsi
Global Esports Tambah Roster 10 Pemain VCT 2023

Nampaknya Global Esports yang merupakan salah satu liga pasifik VCT francais akan membina senarai 10 orang roster baharu bagi VCT 2023.

Keputusan luar biasa ini telah diumumkan oleh organisasi ini sendiri di media sosial bagi persedian menjelang VCT 2023 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kredit : Global Esports

Video yang tekah dimuatnaik di Twitter itu juga mendedahkan yang pasukan Valorant India kini sedang dalam proses menambah barisan pemain bagai roster mereka. Rancangan mereka adalah untuk menambah lagi 10 pemain bagi musim VCT 2023 tahun hadapan.

Malahan pemilihan pemain untuk mengisi lineup mereka akan dibuat secara ketat, dan dari kawasan yang berbeza. Global Esports sendiri telah berkongsi berkenaan berita ini.

Kredit : @Jerome_Coupez

Musim sebelumnya menyaksikan beberapa pasukan India telah menandatangani pemain baharu dan melepaskan beberapa pemain yang sedia. Oleh yang demikian, Keputusan Global Esports juga telah mendapat perhatian lebih daripada kebanyakan pasukan kerana melihatkan kedudukan mereka dalam VCT 2023.

Walaubagaimanapun sebelum perancangan ini diteruskan dengan lebih lagi, Riot Games perlu memberikan idea mereka berhubung keputusan Global Esports boleh meneruskannya. 

Ini kerana Riot Games sebelum ini telah mengeluarkan Peraturan Pembinaan Roster setiap pasukan untuk mengehadkan kepada maksimum 10 ahli pasukan, termasuk jurulatih.

Global Esports juga mendedahkan yang senarai pemain terpilih bagi skuad 10 pemain ini akan diumumkan tidak lama lagi, termasuklah barisan yang sedia ada buat team mereka.

Untuk pengetahuan anda, kem latihan baharu untuk melatih kemahiran mekanikal pemain bagi organisasi esports ini akan berlangsung di Korea Selatan dan bertujuan untuk melahirkan enam pemain terbaik daripada sepuluh pemain yang akan menyertai VCT São Paulo 2023 buat divisi Global Esports. 

Global Esports adalah satu-satunya francais daripada India Riot Games yang dipilih untuk program kerjasama “partnership” VCT 2023. Setakat ini, mereka udah mempunyai enam pemain India, termasuk Abhirup “Lightningfast” Choudhury, Bhavin “HellrangeR” Kotwani, Ganesh “SkRossi” Gangadhar, Jayanth “skillZ” Ramesh, Pranav “Kohliii” Kohli dan Akshay “KppA” Sinkar .

Sebelum ini format skuad 10 pemain ini telah diuji oleh permainan CS:GO dan League of Legends yang ketika itu menyaksikan Evil Geniuses menempatkan 15 pemain Counter-Strike Amerika Utara yang dipanggil Blueprint didalam divisi mereka. Kini Global Esports ingin mengaplikasikan di peringkat teratas Valorant.

Kem latihan itu akan menghasilkan enam pemain terbaik daripada sepuluh pemain yang akan menyertai VCT São Paulo 2023 untuk Global Esports. Pemain akan dipilih berdasarkan pelbagai faktor, termasuk kemahiran mekanikal mereka.

Global Esports adalah satu-satunya francais daripada India Riot Games yang dipilih untuk program perkongsian VCT 2023. Pada masa ini, pasukan itu sudah mempunyai enam pemain India, termasuk Abhirup “Lightningfast” Choudhury, Bhavin “HellrangeR” Kotwani, Ganesh “SkRossi” Gangadhar, Jayanth “skillZ” Ramesh, Pranav “Kohliii” Kohli dan Akshay “KppA” Sinkar .

Pasukan India kini berada dalam liga Valorant Pasifik dan akan menentang pasukan seperti DetonationN Gaming, Gen.G, ZETA DIVISION, Talon Esports, Paper Tex, Team Secret, T1 dan Rex Regum Qeon.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *