MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Giliran Yoodo The Alliance Pecut Ke Top 4!

ai hyprgame
Kongsi
Giliran Yoodo The Alliance Pecut Ke Top 4!

Hari 2 Liga PMPL SEA Championship Fall semalam menyaksikan satu lagi pasukan Malaysia berjaya bangkit daripada kedudukan yang agak jauh ke pada hari pertama ke Top 4.

Kredit :PUBG Mobile Esports Malaysia

Tak lain dan tak bukan adalah pasukan Yoodo The Alliance yang berjaya memungut 33 Elims, 87 Total Points dan sempat makan ayam WWCD semalam. Yoodo The Alliance yang dibarisi oleh Adikluq, Syamil, Repoboy dan Oliyo telah menunjukan prestasi yang baik di pusingan terakhir semalam.

Kredit :PUBG Mobile Esports Malaysia

Semoga WWCD pertama semalam menjadi jalan pembuka kepada team MY yang lain untuk terus mendapatkan WWCD pada match yang seterusnya.

Prestasi 4Rivals semalam kurang memuaskan apabila jatuh menjunam ke Top 13 daripada Top 3 pada hari pertama liga PMPL Sea berlangsung.

Dalam pada itu, pasukan Faze Clan daripada Thailand nampaknya sudah mulai mendominasi permainan di PMPL Sea apabila muncul di kedudukan pertama dengan 104 mata yang menjadikan mereka pasukan pertama mendapat lebih 100 mata sekaligus di kedudukan Top 1 Overall Ranking semalam.

Pasukan Indonesia iaitu NFT pula berada di Top 2 dan diikuti oleh Vampire Esports daripada Thailand di Top 3 Overall Ranking semalam. Satu lagi pasukan yang patut digeruni oleh komuniti esukan kompetetif ini iaitu Buriram United Esports (Thailand) kini telah naik ke Top 6.

Prestasi sang Juara PMPL MY SG PH baru-baru ini iaitu Geek Fam nampaknya semakin merosot apabila meletakan diri mereka di posisi yang agak bahaya di tangga Top 17. Mereka seolah-olah takut dan permainan mereka tidak seperti di PMPL MY SG PH yang penuh dengan keberanian.

” Jarang saya tengok Geek Fam ni nak Clutch, apabola seorang sahaja jatuh, peratusan untuk naik balik tu ada 40%, tidak seperti game sebelum ini, corak permainan pun tidak seperti Geek Fam yang saya selalu tengok. ” – Rahim Salleh

Komen peminat PUBG Mobile Esports Malaysia dan juga Geek Fam ini nampaknya seperti memberi dorongan supaya pasukan ini bangkit dan konsisten di permainan seterusnya nanti. Ini kerana potensi Geek Fam itu ada, Cuma mereka tidak boleh berputus asa sahaja.

Adakah DBD hanya ingin mengambil pengalaman berada di PMPL Sea Championship Fall 2022 ini? Ini kerana mereka masih belum mendapat momentun dan kini berada di Top 19 Overall Ranking

Bagaimana pula dengan nasib pasukan kegemaran ramai iaitu SEM9 yang berada di Top 16? adakah mereka akan “perform” dengan lebih baik lagi hari ini?

Teruskan menyokong pasukan Malaysia di PMPL Sea Championship Fall 2022, Semoga kekal sampai finals!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *