MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Isu Komunikasi, Dlar Diturunkan Ke MDL

ai hyprgame
Kongsi
Isu Komunikasi, Dlar Diturunkan Ke MDL

Baru-baru ini isu penukaran Dlar ke MDL menjadi kontroversi dalam kalangan komuniti esukan Mobile Legends Bang Bang MLBB di Indonesia dan Filipina.

Ramai komuniti MLBB mengatakan yang penurunan Dlar yang sepatutnya bermain di MPL ID S10 untuk menggantikan Antimage ke MDL adalah sesuatu yang akan merugikan pasukan EVOS sendiri.

Malahan ianya akan menjadi kerugian kerana bakat dan masa Dlar di arena dipersiakan begitu sahaja. Kenyataan ini juga disokong oleh Baloyskie yang merupakan bekas Kapten kepada Dlar bahawa keputusan EVOS ini adalah satu kesilapan.

” Kenapa mereka perlu meletakkan roster terbaik seperti Dlar ini ke MDL.” – Baloyskie

Kredit : xxtriplehan

Bukan sahaja tindakan EVOS ini mendapat reaksi oleh pro MLBB, malahan mendapat kecaman oleh peminat-peminat Dlar khususnya.

Walaubagaimanapun, EVOS dan Dlar juga telah memuatnaik satu hantaran untuk memberi penjelasan mengenai isu ini kerana tidak mahu timbul salah faham didalam komuniti.

Ini juga berikutan daripada prestasi Evos di MPL ID baru-baru ini yang kalah dengan Onic PH dan hanya mampu meraih 2-1 hasil perlawanan tersebut. Situasi ini juga terjadi setelah Evos menghantar Dlar ke MDL, sehingga ia menjadi tanda tanya bahawa keadaan ini adalah kebetulan atau kesilapan?

Kredit : ZEKilled

Walaubagaimanapun, EVOS dan Dlar juga telah memuatnaik satu hantaran untuk memberi penjelasan mengenai isu ini kerana tidak mahu timbul salah faham didalam komuniti.

Penganalisis EVOS Legends, Steven “Ageee” Gunawan menjelaskan bahawa Dlar memerlukan masa yang lebih lagi untuk selesa dengan pasukan baharunya.

Kenyataan ini juga di setujui oleh Dlar sendiri bahawa adalah lebih baik untuk dia kekal didalam skuad MDL supaya dia boleh mempelajari bahasa Indonesia (ID) sekaligus mampu untuk berkomunikasi dengan lebih baik dengan pasukannya. Baginya, dia memerlukan masa untuk beradaptasi, dan mendalami dengan lebih baik esukan MLBB di Indonesia.

Evos juga bimbang yang masa yang amat suntuk untuk terus bermain di MPL ID S10 akan menjejaskan prestasi Dlar dan Evos sendiri. Oleh yang demikian perbincangan antara kedua belah pihak ini telah pun dilakukan dan menemui jalan kesepakatan.

Jika semuanya berjalan lancar Dlar akan bermain di MPL ID pada musim hadapan pula dan pastinya akan memberikan persembahan yang terbaik usai pengalaman di MDL.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *