MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Wakil MSC Manakah Yang Konsisten?

ai hyprgame
Kongsi
Wakil MSC Manakah Yang Konsisten?
Kredit : MPL MY S10

Hari ini merupakan hari terakhir Liga MPL MY S10 sebelum kita ke babak Playoff pada minggu seterusnya. Nampaknya dua wakil MSC 2022 iaitu Todak dan Orange Esports akan dipertemukan dipentas terakhir liga ini.

Untuk pengetahuan, Todak telah pun menentang Team Caracal pada perlawanan hari kedua semalam dengan skor 2-1 sekaligus memunaskan misi Team Caracal untuk ke Playoff.

Manakala Orange Esports telah pun tewas oleh Team SMG pada hari pertama dengan 2-0 dan hari ini wakil MSC 2022 ini akan bersaing sekali lagi dengan Todak untuk merebut slot ke Playoff MPL MY S10 pula.

Selain pertemuan dua wakil MSC ini, Team SMG vs Team Lunatix, dan Suhaz vs Homebois juga akan kita saksikan di perlawanan akhir liga ini.

Team Lunatix semalam sudah pun menentang Team Haq dan mengalahkan mereka dengan 0-2 di perlawanan hari kedua minggu 8 semalam. Hari ini Team Lunatix akan menentang kombo dan buff hebat iaitu Team SMG bagi mendapatkan slot mereka di peringkat seterusnya. Tidak hanya berjaya menewaskan Team Haq semalam, ahli pasukan Team Lunatic iaitu Eyymal yang berperanan sebagai Jungler telah dinobatkan sebagai MVP Of The Day kerana bijak beradaptasi dengan Natan dan Fanny sebaiknya sehingga membantu pasukan mendapat kemenangan bersih.

Pasukan Suhaz Esports pula akan mengambil peluang terakhir hari ini dengan menentang Homebois setelah mereka kalah dengan RED Esports semalam tanpa memungut sebarang mata iaitu 0-2. Hasil perlawanan semalam telah menyelamatkan RED Esports dan mengunci slot mereka ke Playoff pada Oktober ini.

Hari terakhir peringkat liga ini umpama dejavu apabila mempertemukan dengan wakil MSC dan Finalis MPL MY S9 bersaing bagi membuktikan siapakah pasukan yang lebih kuat MPL MY S10 ini? Kita tunggu dan lihat acara hari ini dan teruskan sokongan anda kepada pasukan masing-masing

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *