MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Hari Terakhir PMRC 2022, China Atau Sea Mendominasi?

ai hyprgame
Kongsi
Hari Terakhir PMRC 2022, China Atau Sea Mendominasi?
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Sejak hari pertama PUBG Mobile Regional Clash PMRC 2022 pasukan daripada Sea iaitu Thailand tidak berhenti mendominasi overall ranking akhir yang membawa mereka ke Top 1.

Kredit : Dunia Games

Pasukan The Infinity daripada Thailand yang didatangi dengan Noozy ini nampaknya gergasi terkuat Sea sejak PMRC 2022 berlangsung. Tidak hanya kekal di Top 1 pada hari pertama, mereka terus konsisten berada dikedudukan sama pada hari kedua dan ketiga PMRC 2022.

Semalam The Infinity berada di Top 1 dengan 108 Elims, Total Pts sebanyak 150 berserta Double WWCD didalam overall ranking hari ke-3 itu. Ini menandakan yang pasukan Thailand ini sudah pun mencecah lebih 100 singkiran iaitu mata terbanyak setakat ini di PMRC 2022.

Kredit : Nova Esports

Nova Esports yang dihiasi dengan Paraboy nampaknya sudah bangkit berada di Top 2 sejak dua hari berturut-turut selepas mereka masih mencari momentun di hari pertama kejohanan.

Prestasi pasukan Myanmar tidak kurang hebatnya apabila Yangon Galacticos berjaaya meraih “Back To Back WWCD” dan terus naik ke daripada kedudukan Top 8 di hari ke-2 dan ke Top 4 pada hari ke-3 semalam di PMRC 2022.

Pasukan Malaysia 4Rivals, GeekFam dan SEM9 sudah berada jauh ketinggalan dengan masing-masing di Top 12, Top 13, dan Top 15. Adakah Team Malaysia tidak berani mengambil risiko ketika pertempuran dan menyebabkan mereka lambat untuk bertindak menangani musuh? Semoga ada sinar harapan buat pasukan Malaysia ini bangkit dan sedar daripada lamunan untuk menyaingi pasukan yang berada ditangga terbaik PMRC 2022.

Untuk pengetahuan, pasukan SEM9 sempat berada di Top 3 ketika di match ke-3, manakala 4Rivals juga berada di Top 4 pada match 1. Walaubagaimanapun kekuatan pasukan Sea daripada Thailand, China dan Myanmar sukar dikawal dan pasukan Malaysia terpaksa akur dengan keputusan akhir semalam.

Hari ini merupakan baki terakhir buat kesemua 16 pasukan ini bersaing dan membuktikan Sea atau China yang layak bergelar sang juara PMRC 2022? Teruskan sokongan anda kepada pasukan Malaysia! GG!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya