MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Boyka Bersara Daripada Scene PUBG Mobile

ai hyprgame
Kongsi
Boyka Bersara Daripada Scene PUBG Mobile

15 Jam yang lalu Team Haq daripada divisi PUBG Mobile telah membuat pengumuman di laman sosial rasmi mereka berkenaan Boyka yang kini bersara daripada scene PUBG Mobile Malaysia.

“HAPPY RETIREMENT, BOYKA, Inilah pengumuman besar yang dikatakan. Hari ini, Boyka secara rasminya mengumumkan persaraannya dari arena kompetitif PUBG Mobile. Terima kasih kerana telah mewarnai dan menjadi inspirasi kepada golongan muda di dalam scene PUBG Mobile di Malaysia.” – Team Haq Esports Club

Kredit : THQ Esports Team

Team telah memuatnaik hantaran tersebut dengan caption yang menyatakan Boyka secara rasminya bersara daripada arena kompetetif PUBG Mobile. Team Haq mengucapkan ribuan terima kasih kepada Boyka kerana selama ini telah mewarnai dunia [UBG Mobile di Malaysia didalam kalangan anak muda.

Pengumuman ini juga dibuat sendiri oleh Boyka dan anda boleh melihatnya sendiri menerusi pautan Youtube yang kami sertakan disini.

” Demi offline ku relakan jua. Terima kasih yang dah support since day 1 sehingga sekarang.Inilah masanya untuk saya berehat panjang, Papa signing off.” – Boyka

Untuk pengetahuan anda, Boyka bukanlah pemain baharu atau Underrated kerana dia telah bertahun lamanya berada di dalam arena kompetitif PUBG Mobile.

Sepanjang berada di arena PUBG Mobile ini, Boyka telah mendapat pelbagai pencapaian buat industri esukan PUBG Mobile khususnya di Malaysia.

Boyka mula menyinari arena eukan PUBG Mobile ini pada tahun 2019 apabila menyertai PUBG Mobile Malaysia National Championship 2018 PMNC dan mendapat tempat kedua di kejohanan tersebut. Malahan Boyka dan Arov Esports konsisten mendominasi acara tersebut pada tahun 2019 dengan mendapat Top 2.

Pencapaian Boyka yang lain adalah mendapat Top 3 di AXIS PUBG Mobile League 2019, Pernah menyertai pasukan daripada seberang iaitu Bigetron Arov yang merupakan pasukan PUBG Mobile Malaysia dibawah organisasi Bigetron Esports Indonesia bagi PMPL MY SG S1 pada tahun 2020 dan PMPL South Asia S1 pada tahun 2020. Boyka juga menyertai PMPL MY SG selama 3 musim berturut-turut daripada musim 2 sehinggalah musim ke-4.

Baru-baru ini Boyka bersama Team Haq sempat melayakkan diri dan bermain di Liga PMPL MYSGPH Fall 2022, walaubagaimanapun rezeki tidak memihak kepada pasukan ini apabila hanya mampu meletakan posisi mereka di Top 7 ketika itu.

Harapan Boyka buat scene kompetetif ini adalah untuk PUBG Mobile mula mengadakan tournament secara Offline memandangkan Malaysia sudah pun menuju ke endemik Covid-19. Boyka mengharapkan mereka yang pernah berjuang bersamanya menggunakan segala ilmu yang dipelajari digunakan sebaik mungkin untuk PUBG Mobile Malaysia nanti. Semoga segala pengalaman dapat dikongsikan kepada pelapis-pelapis baharu untuk mengembangkan lagi industri ini.

Menurut sumber Team Haq Esports, mereka menyifatkan yang Boyka akan tetap bersama pasukan ini dengan menjadi penyokong daripada belakang tabir. Semoga perjalanan lagenda ini akan terus maju walaupun sudah memulakan lembaran baharu bagi kerjayanya selepas ini.

Jadi siapakah selepas ini akan mengantikan posisi Boyka didalam Team Haq nanti?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *