MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Moonton Perbaiki Isu “Backdoor” Di Patch Baharu MLBB

ai hyprgame
Kongsi
Moonton Perbaiki Isu "Backdoor" Di Patch Baharu MLBB

Baru-baru ini kita komuniti esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB sering mendengar tentang isu “Backdoor” yang menjadi bualan didalam permainan ini.

Ini berikutan tentang perlawanan MPL PH S10 yang berlangsung di minggu ke-6 diantara pasukan Echo dan Bren Esports yang nampaknya bermain menggunakan “Backdoor”.

Bagi yang masih lagi tidak tahu, dalam bahasa mudahnya “Backdoor” adalah situasi dimana anda menyerang musuh (enemy tower) tanpa sebarang creeps (minions).

MPL PH S10 baru-baru ini, kita dapat melihat yang Echo menyapu bersih Bren Esports dengan dominasi Orcas didalam perlawanan tersebut. Walaupun ianya mengecewakan jurulatih Bren Esports iaitu Francis John Glindro atau lebih dikenali sebagai Duckey didalam arena kompetetif MLBB PH ini kerana penggunaan Backdoor yang telah menjejaskan permainan Bren Esports.

Oleh yang demikian Duckey yang berperanan sebagai jurulatih Bren Esports telah menyuarakan isu ni supaya Moonton memperbaikinya kerana “Backdoor” boleh menjejaskan corak permainan pasukan yang bertanding.

Kredit : Coach Duckey

Untuk pengetahuan, semasa perlawanan kedua antara Echo dan Bren Esports, hanya Marvin “SanFord” Vinuya’s Uranus dan Alston “Sanji” Pabico’s Yve cuba untuk bertanding. Tetapi 3 lagi ahli iaitu Benedict “Bennyqt” Gonazales’ Beatrix, Tristan “Yawi” Cabrera’s Chou, dan Karl “KarlTzy” Nepomuceno’s Fanny bersembunyi didalam kawasan semak berdekatan dengan “base” atau pengkalan pasukan Bren Esports.

Keadaan ini telah menjadi jalan pintas buat SanFord dan Sanji untuk mengalihkan perhatian Bren Esports daripada mengambil Lord Buff dengan mudah. Kemudian ketiga-tiga pemain mereka yang sedang bersembunyi tadi memunculkan diri di Midlane secara tiba-tiba tanpa sebarang minion. 

Bagi Duckey dia tidak menyifatkan yang permainan ini tidak adil, tetapi lebih kepada sesuatu yang diluarjangkaan dimana Bren sendiri tidak tahu atau bersedia dengan taktik ini.

Kredit : gametekis

Moontoon mengambil langkah yang drastik apabila mengumumkan yang mereka telah pun memperbaiki isu ” Backdoor” ini didalam patch terbaharu Mobile Legends Bang Bang. Isu ini sebenarnya amatlah dititikberatkan didalam banyak lagi permainan seperti Mobile Legends Bang Bang MLBB. Kerana kita tidak mahu perkara ini menganggu prestasi pasukan dan corak permainan mereka.

Walaubagaimanapun setakat ini Moonton tidak menjelaskan secara lebih terperinci berkenaan kemaskini patch baharu didalam memperbaiki isu “Backdoor.”

Diharapkan tindakan yang telah dibuat oleh Moonton ini dapat memberikan permainan yang lebih sihat, standard dan kelas tersendiri terutama bagi kejohanan besar seperti MPL.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaiĂ 

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *