MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Loud Juarai Valorant Champions 2022

ai hyprgame
Kongsi
Loud Juarai Valorant Champions 2022

VCT Champion 2022 telah melabuhkan tirainya semalam dengan menyaksikan kemenangan pasukan Loud daripada Brazil menumpaskan lawannya Optic daripada Amerika Utara.

Skor yang berakhir dengan 3-1 itu menjadikan Loud pasukan pertama daripada Brazil ( bukan daripada rantau NA atau EMEA) dinobatkan sebagai juara VCT Champion 2022.

Kredit : Valorant Champions

Kemenangan keatas pasukan Loud daripada Brazil ini menjadikan pasukan Optic Gaming dinobatkan sebagai 2nd Place (Tempat Kedua) bagi siri ini.

Kredit : Optic Gaming

Sejak daripada VCT Master Reykjavik lagi, persaingan antara OpTic dan LOUD menjadi sengit sehingga kemenangan berpihak kepada Optic ketika itu. Walaubagaimanapun kemenangan itu tidak kekal lama apabila Loud berjaya menenggelamkan Optic melalui 5 peta sepanjang perlawanan dan menang 3-1 di Valorant Champions 2022.

Untuk pengetahuan, Loud mendapatkan skor yang tinggi di separuh masa pertama dengan 7-1, kemudian mendapat 13-7 di separuh masa akhir kedua. Ini menjadikan Loud memenangi perlawanan saat pertempuran di Peta Keempat (Akhir) iaitu Haven setelah berjaya melepasi peta sebelumnya.

Valorant Champions 2022 telah berlangsung di Turki, Instanbul selama 3 minggu dengan menyaksikan pasukan-pasukan terbaik daripada hampir seluruh dunia beraksi di gelanggang antarabangsa ini.

Beberapa hari yang lalu, Riot Games telah mengumumkan kepada warganet berkenaan Valorant Champions 2023 pula sedangkan Valorant Champions 2022 masih lagi sedang berlangsung. Ini menandakan yang sambutan hebat daripada penonton dan peminat menerusi acara ini membuka ruang kepada Riot Games untuk mempromosikan acara yang berlangsung pada tahun hadapan pula.

Menerusi pengumuman Valorant Champions 2023, Riot Games juga membuat kenyataan berhubung format baharu bagi kejohanan ini nanti dengan gabungan tiga wilayah iaitu VCT America League, VCT EMEA League dan VCT APAC League didalam satu bumbung.

Kredit : Valorant Champions

Di platform media sosial, video dan trailer berkenaan acara yang akan datang ini nampaknya menjadi hal yang menarik dan bualan buat semua peminat kejohanan antarabangsa ini. Tahniah kepada semua yang memenangi dan GG buat semua peserta yang telah menyertai acara ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya