MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Faith Bian Umum Bersara Selepas TI11

ai hyprgame
Kongsi
Faith Bian Umum Bersara Selepas TI11

Warganet Dota2 kini dikejutkan lagi dengan pengumuman Faith Bian yang menyatakan akan bersara daripada divisi esukan kompetetif ini selepas acara TI11 berakhir.

Kredit : Leon Arthur

Menerusi muatnaik hantaran daripada Arthur yang merupakan Coach, Analisis, Host dan penggiat Dota 2 telah membuat translation ke bahasa inggeris bagi kenyataan Faith Bian berkenaan persaraannya daripada kancah esukan Dota 2.

Menurut kenyataan tersebut, Faith mengatakan yang di telah melihat komen-komen daripada penonton yang tidak dapat menerima persembahannya didalam pasukan ketika Final berlangsung.

Dia juga melihat dan mengaku pastinya akan ada beberapa kesilapan didalam permainan yang menyebabkan prestasi mereka kurang baik walaupun telah cuba melakukan yang terbaik. Menerusi kenyataan itu Faith Bian telah menjelaskan semua pendapat dan persepsinya berkenaan permainan mereka baru-baru ini.

Disini kami selitkan kenyataan yang telah diterjemahkan oleh Arthur khas buat peminat dan penyokong Faith Bian didalam arena kompetetif. Kata Arthur mesej yang disampaikan oleh Faith Bian ini walaupun agak banyak tetapi penuh dengan makna dan berbaloi untuk anda hayati.

Kredit : Reddit

” I want to tell everyone that I will retire permanently from Dota 2 after TI11, saying goodbye to the competitive scene and opening a new chapter in my life. I’ve been thinking about this for a while and I think it’s the right thing to do, though inevitably with a little bit of regret – Faith_bian

” Saya ingin memberitahu kepada semua orang yang saya akan bersara daripada Dota 2 secara tetap selepas TI11, mengucapkan selamat tinggal dengan scene kompetetif ini dan membuka perjalanan baharu hidup saya. Saya sudah memikirkannya beberapa ketika dan saya fikir ini adalah perkara terbaik yang dibuat, walaupun ada sedikit kekesalan. “- Faith Bian

Faith Bian memulakan langkahnya menyertai Wings Gaming sejak 2014 sehingga 2017 sehingga pasukan ini sering menjadi bualan ramai kerana hebat didalam arena kompetetif Dota 2 di TI6.

Kemudian Faith Bian mengorak langkah bersama PSG.LGD sejak tahun 2020 dengan memenangi pelbagai kejohanan bersama pasukan ini sehinggalah ke hari ini. Terlalu banyak pencapaian, penyertaan dan pengalaman Faith Bian berjuang bersama PSG.LGD sehingga 2022.

Walaubagaimanapun nasib tidak menyebelahi pasukan ini apabila tumpas ditangan Team Spirit dengan 3-2 di perlawanan akhir TI10.

Menurut Faith Bian, dia mahu mengeluarkan analisis permainan selepas 10 hari TI10 berlangsung, namun organisasinya tidak membenarkannya kerana kebimbangan mengenai pendapat umum dan komen negatif peminat Dota 2.

Pusingan akhir TI10 sejarah hitam buat PSG.LGD. Tidak dinafikan bahawa kekalahan itu telah memberi kesan kepada pasukan, peminat mereka, dan wilayah China. Dalam siaran Weibo, Faith_bian berkongsi tangkapan skrin analisis akhir TI10nya dengan harapan dapat memberikan penilaian kepada perkspektifnya di masa hadapan.

Atas dasar tanggungjawab, Faith Bian merasakan yang kekalahan pasukannya ketika itu merupakan kesilapan dan kekurangan daripada dirinya sendiri.

” For now, I just wanted to say, to both my teammates and my opponents, that I am more than determined for the matches to come. As a pro player, I’ll do everything I can do, and make every endeavor possible, whatever the final results. As long as I did that, I’ll have no regret even if I ended in last place in TI .” – Faith bian

” Buat masa sekarang, saya ingin menyatakan kepada rakan sepasukan dan pihak lawan, yang saya lebih berazam untuk perlawanan akan datang. Sebagai pemain profesional saya akan melakukan yang terbaik dan berusaha sebaik mungkin, apa-apapun kita akan lihat di pusingan akhir (keputusan akhir) perlawanan nanti. Selagi saya membuat yang terbaik, saya takkan menyesal walaupun berada di tangga terakhir TI.” – Faith Bian

The International 11 is set to begin on the 8th of October with the 12 teams that secured a spot in the Last Chance qualifiers which will be held on LAN, but behind closed doors in Singapore. PSG.LGD and Faith_bian will start their run for the Aegis in the group stage, beginning October 15.

Untuk pengetahuan anda, The International 11 akan bermula pada 8 Oktober dengan 12 pasukan yang telah pun mendapatkan slot mereka menerusi pusingan kelayakan (Last Chance Qualifier) LAN yang diadakan secara tertutup di Singapura. PSG.LGD dan Faith_bian akan memulakan perlawanan mereka bertemu Aegis dalam peringkat kumpulan, mulai 15 Oktober nanti.

Kredit : Maurice Gutmann

Adakah Faith Bian akan membawakan trofi terakhir sebelum bersara daripada Dota 2 ?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya