MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Free Agent, Kemana Jangs Selepas Yoodo Alliance?

ai hyprgame
Kongsi
Free Agent, Kemana Jangs Selepas Yoodo Alliance?

Sejak semalam telah heboh diperkatakan mengenai Jangs yang telah mengumumkan yang dia tidak lagi bersama Yoodo Alliance dan kini menjadi pemain atau coach berstatus Free Agent.

Sebelum ini Jangs pernah menjadi sebahagian pasukan BTR daripada Indonesia yang memainkan peranan sebagai jurulatih. Kemudian dia menarik diri setelah beberapa musim bersama pasukan daripada Indonesia itu. Jangs membuat keputusan untuk kembali ke tanah air (Malaysia) dan menyertai pasukan Yoodo Alliance bagi liga PMPL 2022 baru-baru ini.

Hari ini kita dikejutkan pula dengan keputusan Jangs untuk menjadi Free Agent, dan dia kini bebas untuk menyertai mana-mana pasukan PUBG Mobile.

“Untuk PMPL SEA yang akan datang saya tidak lagi bersama Yoodo Alliance” – Jangs

Semalam Jangs juga telah memuatnaik satu video di Youtube rasmi miliknya berkenaan keputusannya untuk menarik diri daripada Yoodo Alliance.

Menurut Jangs dia tidak terikat dengan mana-mana pihak sejak pertama kali menyertai pasukan ini, malahan tidak ada kontrak yang membolehkan Jangs menuntut apa-apa kelebihan daripada penyertaannya didalam pasukan ini.

Ini kerana ada beberapa hal yang menyebabkan kontrak daripada Yoodo Alliance tidak dipersetujui oleh Jangs dan menyebabkan isu kontrak ini mengambil masa untuk diselesaikan. Sehinggalah 3 minggu peringkat Liga PMPL 2022 berlangsung barulah Jangs mendapat kontrak tersebut.

Walaibagaimanapun, Jangs secara sah tidak dapat menuntut apa-apa hak termasuk gajinya selama 3 minggu bersama Yoodo Alliance di Liga PMPL 2022 kerana kontrak tersebut belum lagi ditandatangani sendiri olehnya. Jangs juga mengakui yang isu kontrak dan rundingan ini gagal adalah kerana kesilapannya sendiri.

Jangs ingin menyelesaikan isu ini secara damai dan dia tidak menyalahkan Yoodo Alliance malahan memberikn kata-kata akhir supaya pasukan ini melakukan yang terbaik di PMPL SEA nanti.

Setakat ini, Jangs belum lagi menerima mana-mana tawaran daripada pasukan atau organisasi lain. Menurut Jangs usai PMGC ini, dia tidak membuat keputusan untuk menjadi jurulatih mana-mana pasukan.

Kemanakah arah tuju Jangs selepas Yoodo Alliance? adakah Jangs akan berehat seketika dan fokus kepada diri sendiri sehingga kembali beraksi di musim baharu nanti?

Apa sahaja keputusan Jangs kami hormati dan berharap karier Jangs di arena kompetetif ini tidak terhenti disini kerana kami percaya Jangs mempunyai bakat, kebolehan dan pengalaman yang berguna buat arena ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *