MEMUAT

Taip untuk mencari

Tencent Ambil Alih Ubisoft?

ai hyprgame
Kongsi
Tencent Ambil Alih Ubisoft?

Sejak beberapa hari ini ramai yang menjadikan topik Ubisoft dan Tencent sebagai bualan sejak Ketua Pegawai Eksekutif Ubisoft mengumumkan tentang perjanjian Tencent bersama Ubisoft.

Kredit : Stephen Totilo

Walaubagaimanapun menerusi pelbagai muatnaik hantaran di media sosial seperti Twitter juga menyatakan yang Tencent tidaklah mengambil alih Ubisoft seratus peratus. Tetapi hanya menjadi rakan kongsi dan membuat pelaburan bagi syarikat pembuat video terbesar di Perancis ini.

Kredit : Yolobu Community

Menerusi sumber The Edge Markets, kerjasama ini adalah bagi membuka ruang dan peluang kepada Tencent China untuk meningkatkan kepentingannya dalam syarikat itu, kata pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Yves Guillemot pada Khamis, 8 September yang lalu.

Agak mengejutkan selepas pengumuman Ubisoft mengatakan yang Tencent menjadi pemegang saham terbesar telah menyebabkan kejatuhan 17% kepada saham Ubisoft.

Kredit : Gamers Industry

Hal ini demikian kerana ramai komuniti esukan, peminat permainan video khususnya tidak menyukai dengan Tencent yang ingin bergabung bersama Ubisoft.

Pembuat permainan Assasin’s Creed ini juga menyatakan yang mereka ingin melakukan apa sahaja demi kepentingan syarikat termasuklah mengadakan kerjasama dengan syarikat pembuat video yang lain.

Kredit : Stephen Totilo

Pelaburan ini memberi peluang kepada Guillemot untuk mempertahankan urus tadbirnya keatas Ubisoft, dimana peratusan saham Tencent didalam syarikat ini adalah sebanyak 49,9%.

Hasil kerjasama ini Tencent akan membawa permainan atau produk Ubisoft ini ke pasaran China di pelbagai lokasi yang ideal kepada komuniti permainan maya di sana.

Kredit: Game Spot

Malahan permainan seperti The Division Resurgence dan Assasin’s Creed Mirage juga akan menjadi salah satu produk Ubisoft yang akan berkembang di pasaran China nanti.

Setakat ini, pengumuman lebih lanjut belum lagi dibuat di platform media sosial Ubisoft Forward 2022 berkenaan projek ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *