MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

OE, Caracal Dan HB Dominasi Penutup Minggu 6

ai hyprgame
Kongsi
OE, Caracal Dan HB Dominasi Penutup Minggu 6

Semalam telah berlangsung perlawanan akhir bagi minggu 6 Mobile Legends Bang Bang MPL MY S10. Nampaknya Orange Esports (OE). Caracal, dan Homebois (HB) telah berjaya mendominasi hari ke-3 minggu 6 ini.

Pasukan Orange Esports bertemu dengan Suhaz Esports di perlawanan pertama pada jam 12.00pm, dan akhirnya berjaya menumpaskan Suhaz dengan 2-0 pada akhir perlawanan. Malahan Valenz yang merupakan Gold Laner bagi pasukan Orange Esports juga berjaya mendapatkan MVP Of The Match sekaligus berjaya melakukan Windstreak ke-9 Orange Esports kerana sekali lagi mampu bertahan sebagai pasukan rekod tanpa kalah sepanjang MPL MY S10 berlangsung.

Benarlah kehadiran D’Ace didalam Lineup Caracal sudah memberikan perubahan yang besar bagi mereka kerana berjaya menang buat kali pertama. Bukan itu sahaja, corak permainan Grock juga mempunya kelainannya tersendiri sesuai dengan statusnya sebagai Roamer berpengalaman.

Semalam Team Caracal berjaya menolak Team SMG dengan skor 2-0 walaupun Team SMG mempunyai Xorn sebagai King Of Emote ianya langsung tidak membuat mereka gentar. Untuk pengetahuan, pasukan Caracal juga mendapatkan penyertaan lineup baharu bagi pasukan mereka iaitu Wynn dan Maima menerusi Transfer Window baru-baru ini.

Sungguh tak sangkap Raja Lautan Todak akhirnya tumpas di tangan Homebois dengan skor 2-1 semalam. Menerusi Facebook MPL MY ada menyebut “Sundaybois, Sundaybuff “, memang kena dengan aksi pasukan ini saat Chibi (Jungler) menggunakan Paquito dan Balmond untuk menumpaskan Todak semalam sekaligus menjadi MVP Of The Day. Adakah ini Dejavu pada season 8 Homebois pernah mengalahkan Todak? atau MPL MY sudah bersedia dengan kebangkitan Homebois setelah lama menunggu untuk mengalahkan The King Of Comeback itu?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *