MEMUAT

Taip untuk mencari

Malaysia Di Call of Duty Mobile World Championship 2022

ai hyprgame
Kongsi
Malaysia Di Call of Duty Mobile World Championship 2022

Call Of Duty Mobile CODM World Championship 2022 telah pun membuka tirainya pada 9 September 2022 yang lalu dimana komuniti esukan akan menyaksikan penampilan wakil pasukan Malaysia bersaing dengan 10 lagi pasukan daripada negara lain di hampir seluruh dunia.

Kredit : Liquipedia

Menerusi Liquipedia, dua pasukan yang akan mewakili Malaysia adalah Ace dan Huntsmen yang juga merupakan bekas pemain pasukan RSG MY dan Rampage Gaming.

Barisan pasukan Huntsmen yang akan bersaing didalam Call of Duty Mobile World Championship 2022, adalah terdiri daripada Derp (Malaysia), Gnocchi (Malaysia), CRUSH (Filipina), sfur (Malaysia), Zen (Malaysia) dan Raven (Malaysia).

Kredit : Gamers On Duty

Antara pencapaian terbaik pasukan Malaysia ini adalah di ESL Malaysia Championship 2020 Open Qualifier di Top 1, Juara ESL Malaysia Championship 2020, Garena Master 2022 Season 3, dan banyak lagi kejohanan yang sama hampir setiap tahun.

Kali ini pasukan-pasukan Malaysia ini menjadi antara 12 pasukan yang tersenarai di kejohanan ini yang akan bersaing dengan pasukan top lain daripada Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand dan Hong Kong/ Taiwan/ Macau Region.

Untuk pengetahuan anda ini merupakan peluang terakhir mereka beraksi di peringkat ke-4 World Championship 2022 – Garena Qualifiers, sebelum mara dan melayakkan diri ke peringat Finale yang di jangka akan berlansung pada Disember 2022 ini. Peringkat Qualifiers ini akan berlangsung sehingga 18 September 2022 secara Online oleh Garena.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *