MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Paper Rex Tersingkir Di VCT Champions 2022

ai hyprgame
Kongsi
Paper Rex Tersingkir Di VCT Champions 2022

Paper Rex yang pernah menduduki tempat kedua di Master Copenhagen bagi Valorant telah tersingkir daripada VCT Champions 2022 setelah kalah dengan Team Liquid sebanyak 2-1.

Kredit : Valorant Champion Tour

Wakil LCQ EMEA iaitu Team Liquid daripada kumpulan A terus menguasai di Peta terakhir Ascent untuk menumbangkan para pemain ini di separuh masa pertama.

Ketika itu Paper Rex sudah ketinggalan point, mereka cuba mengejar Team Liquid yang ketika itu sudah berada point 10. Walaubagaimanapun Paper Rex hanya mampu sampai ke skor point 8 dan terpaksa menerima kekalahan mereka di saat 13.8 itu.

Kredit : Daily Valorant

Menerusi persembahan Paper Rex, komuniti Valorant merasakan yang Paper Rex sudah mula hilang fokus dan momentun ketika perlawanan mereka bersama Team Liquid. Hal ini terlihat daripada strat mereka yang sudah mula berantakan dan tidak teratur ketika mengejar Team Liquid untuk mendapatkan skor tinggi.

Warganet di media sosial seperti Youtube dan Twitter nampaknya berpuas hati dengan persembahan kedua-dua pasukan ini. Walaupun PRX tewas awal ketika bertemu dengan Jamppi, permainan mereka tetap nampak hebat.

Paper Rex mempunyai corak permainan yang berbeza, cuma kali ini mereka tersilap percaturan dalam memilih (overpeeking) duel yang tidak sepatutnya mereka ambil daripada awal lagi. Ini kerana Team Liquid adalah pasukan yang sudah terbiasa bermain didalam keadaan huru-hara “Chaos” dan berani.

Walaupun perjalanan Paper Rex sudah berakhir di VCT Champions 2022, mereka telah memberikan peminat semua sesuatu yang baharu didalam tournament sepanjang tahun ini sehingga mampu melayakkan diri ke VCT Champions 2022. Untuk sampai ke tahap ini juga bukan sesuatu yang mudah dan harus disyukuri. GG PRX dan cuba lagi untuk perbaiki permainan anda di masa akan datang!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *