MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

PUBG Dedah Peta Baharu Nusa Akan Hadir!

ai hyprgame
Kongsi
PUBG Dedah Peta Baharu Nusa Akan Hadir!

Permainan Battle Royale popular PUBG Mobile Android dan IOS ini dikhabarkan akan melancarkan peta “Nusa” bagi kemaskini terbaharu di PUBG Mobile tidak lama lagi.

Jika anda sedar, peta Nusa ini telah ditonjolkan didalam PMPL Fall Split 2022 yang telah diadakan baru-baru ini.

Menerusi media sosial PUBG Mobile, Nusa merupakan peta ke-7 selain Livik, Miramar, Erangel, Vikendi, Karakin, dan Sanhok di PUBG Mobile. Ianya berkonsepkan “Landscape” separa luar bandar dengan ratio 1×1 yang mengkhaskan kepada 32 orang pemain. Jika dibandingkan dengan peta lain seperti Livik dan Karakin, saiz Nusa adalah separuh daripada peta-peta tersebut.

Kredit : PUBG Mobile

Nusa tampil dengan bentuk bumi yang pelbagai seperti tebing bergerigi dan padang yang subur. Peta Nusa yang mempunyai struktur yang tinggi ini akan memberikan pemain pelbagai kelebihan untuk bermain secara strategik ketika pertempuran. Beberapa ciri khas didalam Nusa ini adalah seperti Lifs of Elevators, Auto Recalls, Unique Pools, Zipline dan juga Loot Crates.

Kredit : PUBG Mobile

Muatnaik aplikasi PUBG Mobile sekarang dan rasai pengalaman baharu ketika bermain. Anda juga boleh melihat preview map ini di media sosial PUBG Mobile dan nilaikan sendiri pendapat anda berkenaan peta baharu ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *