MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Battle Pas Dota 2 Mengecewakan?

ai hyprgame
Kongsi
Battle Pas Dota 2 Mengecewakan?

Pas Pertempuran atau Battle Pass Dota 2 sepatutnya menjadi sesuatu yang menarik bagi komuniti esukan Dota 2 bersempena sambutan acara tersebar dunia iaitu The International 11 TI11.

Kredit : DOTA 2

Walaubagaimanapun, sejak terpalit pelbagai isu yang kurang menyenangkan dengan acara ini, Battle Pass Dota 2 yang ingin dimiliki oleh semua orang ini juga menerima nasib yang sama.

Ini kerana dikatakan terdapat pelbagai perubahan yang tidak wajar telah dilakukan bagi kandungan dan sistem Battle Pass Dota 2 ini.

Kredit : DOTA2

Mana tidaknya harga bagi Dota 2 Battle Pass ini sudah semakin tinggi, tetapi kandungan dan ganjaran didalamnya telah dikurangkan dengan banyak sehingga mengundang rasa marah daripada komuniti Dota 2.

Kredit : DOTA2

Berbeza dengan Battle Pass pada tahun 2020, Battle Pass 2022 kali ini kekurangan Arcana, tiada “Terrain” dan Immortal Chess III. Tambahan lagi dengan harga yang mahal mendadak menuntut pengguna untuk ke stage “level” seterusnya jika ingin mendapat ganjaran yang lebih banyak. Jadi terdapat pelbagai halangan atau cabaran yang lebih sukar dengan sedikit ganjaran untuk sampai ke tahap tertinggi.

Kredit : DOTA 2

Dengan kata mudah, Valve telah menghapuskan dua cara mudah untuk mendapatkan “Free Levels” dan sistem ini sudah tidak ada didalam Battle Pass ini lagi.

Komuniti Dota 2 juga kecewa dengan tindakan Valve yang ingin mengaut keuntungan berlebihan dengan menjadikan Battle Pass ini kepada dua bahagian yang hanya memberikan pengguna akses kepada satu Arcana sahaja daripada 5 yang disenaraikan sebelum ini.

Ini telah memberikan kesan kepada penjualan terkini Battle Pass ini yang sedang mengalami penurunan iaitu tidak melepasi paras 10 besar sejak 5 hari lalu.

Apakah hasil keuntungan bahagian 2 Battle Pass ini akan diberikan sebagai wang hadiah kepada pasukan di TI11? atau Valve hanya memberikan 25 peratus daripada hasil penjualan dan selebihnya dikaut olehnya semata-mata.

Apkah Valve akan menyelesaikan isu ini? atau meneruskan dengan tindakannya yang telah mengecewakan ramai komuniti Dota 2 hampir seluruh dunia? Kita tunggu dan lihat nanti.


Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *