MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Tiada Adab Dan Melampau, Caster Indonesia Tidak Profesional

ai hyprgame
Kongsi
Tiada Adab Dan Melampau, Caster Indonesia Tidak Profesional

Sejak akhir-akhir ini tersebar pelbagai tangkapan skrin daripada komuniti warganet esukan mengenai sikap tidak profesional segelintir Caster daripada negara jiran (Indonesia) yang mengundang pelbagai provokasi dan reaksi scene esukan khususnya di Malaysia.

Sejak berakhirnya babak SEA Play-In yang menyaksikan 2 pasukan Thailand dan 1 pasukan Malaysia mara ke SEA Final 2022, rupa-rupanya kita hampir terlempas pandang berkenaan isu penghinaan dan sarcasm yang melampau terhadap pasukan Malaysia.

Sebelum ini kita melihat story yang dimuatnaik oleh Luxxy BTR berkenaan pasukan daripada Vietnam yang melakukan Teaming ketika perlawanan SEA Play-In. Melihat daripada komen warga Indonesia yang tidak berpuas hati, PUBG Mobile dan Tencent membuat siasatan dan telah mengambil tindakan terhadap pasukan yang terbabit dengan memberikan mereka penalti (Banned) untuk tidak bermain mana-mana tournament PUBG Mobile selama 1 tahun.

Kita fikirkan semuanya telah reda, rupa-rupanya salah seorang Caster Indonesia yang bernama Agus Suharwan telah menimbulkan kemarahan komuniti PUBG Malaysia apabila memanggil nama pasukan DBD (Don’t Break Dreams) dengan nama “Demam Denggi Berdarah.”

Kredit : Roma Philemon Sanggat

Berikutan tindakan caster ini, komuniti esukan meluahkan rasa marah dan kecewa dengan sikap Caster yang tidak sensitif, tidak beradab dan melampau ketika membuat ulasan permainan. Caster ini teruk dikecam kerana cuba menegakkan diri yang dia berada didalam pihak yang benar walhal tindakannya keterlaluan.

Kredit : Roma Philemon Sanggat

“Saya bukan pentaksub tetapi nak bergurau kena ada batas.” – jelas seorang warganet dengan nama Roma Philemon Sanggat.

Ramai warganet yang beranggapan bahawa komuniti Indonesia tidak kira Caster, mahupun pemain sangat toksik sehingga bila mereka tidak menerima kekalahan mereka gemar mencetuskan provokasi sebegini.

Oleh yang demikian, OTG (On The Go ) Production sebagai salah seorang Caster Malaysia bagi scene esukan khususnya PUBG ini telah membuat teguran terhadap Caster Indonesia yang tidak profesional ini.

Kredit : Ahmad Qausar

Bagi OTG, jika ingin menjadi seorang Caster yang baik, ada batasannya “limit”, sifat kenegaraan itu bagus tetapi jangan berlebihan sehingga mewujudkan penghinaan, perbalahan dan perpecahan sesama kita di arena esukan ini. Ini kerana ianya boleh mengguris hati pihak lain yang kita sendiri tidak mengenali antara satu sama lain.

Kredit : Ahmad Qausar

Kalau nak tahu apa lagi yang OTG komen berkenaan isu ini, apa kata anda terus ke laman sosial Facebook OTG supaya dapat membuka minda kita untuk menghormati sesama manusia dan mewujudkan scene esukan yang sihat.

Berikutan daripada kejadian ini, Caster tersebut telah pun memuatnaik permohonan maaf kepada semua yang terkesan dengan tindakannya baru-baru ini.

Kredit : Agus Suharwan

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *