MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Selamat Datang Ke Patch 3.4 : Power Spike!

ai hyprgame
Kongsi
Selamat Datang Ke Patch 3.4 : Power Spike!

Berita baik buat pemain Wild Rift kerana dikhabarkan yang Patch baharu Wild Rift akan hadir menemui anda pada 15 September 2022 ini.

Kredit : League Of Legends Wild Rift

Patch 3.4 ini dilancarkan sempena meraikan ulangtahun Wild Rift, apa kata anda mula meraikan kemeriahan ini dengan Team Wild Rift bermula daripada Champion Baharu, Kemaskini Permainan, dan juga pelbagai acara yang lain.

Menerusi muatnaik video Youtube Wild Rift, Jared sebagai Game Director menyatakan yang Patch 3.4 yang akan hadir dalam mass terdekat ini dan dia sangat teruja untuk berkongsi apa yang menarik didalam Patch terbaharu ini.

Kredit : League Of Legends Wild Rift

” Kali ini kami tidak sabar untuk memberikan lebih banyak kejuaraan, lebih banyak peningkatan kepada support role, dan menukarkan Wild Pass yang akan memberikan pengalaman permainan yang lebih menakjubkan kepada anda.” – Jared

Kredit : League Of Legends Wild Rift

Terdapat banyak perubahan dan item baharu bagi Patch 3.4 ini dimana Gwen, Yone, Vex dan Werwick akan menjadi Champion bagi update terbaharu ini. Mereka akan didatangkan didalam Patch 3.4 ini mengikut tarikh atau jadual yang telah ditetapkan leh League of Legends Wild Rift.

Kredit : League Of Legends Wild Rift

Manakala terdapat senjata baharu bagi item Patch 3.4 ini iaitu Imperial Mandate, Serpent’s Fang, Cosmic Drive dan Riftmaker. Untuk memberikan pengalaman yang lebih baik semasa pertempuran, peralatan sokongan “Support Item” juga akan diberikan didalam Patch ini seperti Relic Shield yang boleh bertukar ke Targon’s Buckler dan Targon’s Buckler bertukar ke Bulwark Of The Mountain.

Selain itu Wild Rift juga akan membawakan Spectral Sickle, Harrowing Crescent dan juga Black Mist Scythe kepada penggemar Wild Rift seluruh dunia.

Terdapat Enchanment baharu seperti Meteorite yang akan berfungsi sebagai Magic Damage dengan kesan Meteor. Manakala Protect Enchanment untuk menguatkan kesembuhan dan kebolehan untuk berlindung (Shielding Abilities).

Bagi update 3.4 ini, Wild Pass juga akan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Normal Pass dengan Normal Epic, Elite Pass dengan Custom Epic. Bersedia dengan Wild Pass Skin Augmented yang boleh dibeli menggunakan Star Coupon di Wild Store.

Kredit : League Of Legends Wild Rift

Untuk melihat sendiri dengan lebih lanjut berkenaan Patch 3.4 ini, apa kata anda terus ke laman sosial Wild Rift dan melihat sendiri dengan mata anda tentang keajaiban yang Wild Rift akan berikan didalam permainan ini. Ianya pasti akan memberikan keterujaan kepada anda untuk mencuba Patch 3.4 ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *