MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

MCPS 4, Bersedia Dengan Lineup NSEA Free Fire!

ai hyprgame
Kongsi
MCPS 4, Bersedia Dengan Lineup NSEA Free Fire!
Kredit : NSEA

“Beri laluan ! Beri Laluan ! Pasukan esukan kami sudah disini, selamat datang divisi Free Fire NSEA!.” – NSEA

Bukan sahaja hebat dan profesional di areana kompetetif esukan PUBG Mobile, kini NSEA atau juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Association telah mengumumkan roster mereka bagi divisi Free Fire.

Semalam NSEA telah memuatnaik satu hantaran dengan memperkenalkan Nafis, Dinoo, Asta, Mizi, Yazid dan Ryuu yang akan menghiasi lineup Free Fire NSEA ini. Sudah pasti akan ada kejutan di minggu kedua MCPS Season 4 nanti!

Pasukan NSEA Free Fire ini nampaknya akan menyertai MCPS Season 4 apabila mereka meletakkan tanda pagar (Hashtag) menerusi hantaran di Facebook mereka semalam.

“Lets say hi to our MCPS Majors Season 4 LINEUP !!!.”

“Ayuh ucapkan selamat datang kepada Lineup MCPS Season 4 kami ini!.” – NSEA

MCPS Majors Season 4 yang menyaksikan empat benua daripada Malaysia, Cambodia, Filipina dan Sri Lanka ini telah pun membuka tirainya pada 3 September 2022 yang lalu. Perlawanan minggu pertama juga telah selesai dan pertandingan peringkat liga ini akan berlangsung sepanjang September ini.

Untuk pengetahuan anda, di antara pencapaian NSEA adalah pernah mewakili Malaysia di Suakn SEA Hanoi bagi divisi PUBG Mobile. Selain itu, NSEA juga telah menyertai Grand Final PMPL MYSGPH dan mendapat tempat ke-6, kemudian mara ke pusingan SEA Play-In bagi menempah slot PMPL SEA Final 2022.

Walaupun NSEA tidak dapat ke SEA Finals 2022, perjuangan organisasi ini belum lagi selesai apabila mereka ingin mencuba pula pengalaman baharu di divisi Free Fire pula. GG NSEA! Semoga divisi Free Fire ini akan menjadi wadah kepada perkembangan NSEA didalam arena esukan lokal dan global.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *