MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

TI11, Komuniti Dota 2 Kecewa Dengan Tindakan Valve

ai hyprgame
Kongsi
TI11, Komuniti Dota 2 Kecewa Dengan Tindakan Valve

Belum habis lagi dengan isu Team SMG yang telah dibuang daripada TI11 kerana dikatakan mendaftar Roster pasukan disaat akhir, hari ini kita dikejutkan dengan Valve yang menghadapi pelbagai kritikan daripada komuniti Dota 2.

Rata-rata media esukan telah memperkatakan isu Valve yang menerima syarikat pertaruhan sebagai tajaan kepada The International TI 2022 ini.

Kredit : PGL Esports

Selain isu kerjasama dengan syarikat pertaruhan atau perjudian ini, komuniti Dota 2 juga tidak berpuas hati dengan kandungan Battle Pass yang dibahagikan kepada dua bahagian dan separuh lagi bahagian hanya dikeluarkan pada awal November 2022.

Ini membuatkan penyokong dan peminat Dota 2 berasa tertipu dengan tindakan yang dilakukan oleh Valve di TI11 yang cuba mengaut keuntungan tidak munasabah menerusi pembelian Battle Pass.

Tidak hanya Battle Pass ini dibahagikan kepada dua bahagian, kandungannya juga tidak sama seperti yang terdahlu dimana Valve telah membuang annual map terrain skin , dan creep skin yang boleh dibuat (customized) mengikut kesesuaian pengguna. Banyak kandungan yang tidak lengkap seperti di Battle Pass bahagian satu.

Kerana isu ini, ramai atlet dan personaliti esukan Dota 2 telah pun bersuara kerana apa yang dilakukan oleh Valve ingin bercanggah dengan cara mereka dan komuniti esukan. Mereka menyatakan apa yang dilakukan oleh Valve ini adalah tindakan yang salah kepada industri ini.

Kredit : SammyboyGG

” Saya harap komuniti Dota 2 bersuara mengenai isu ini, Battle Pass itu teruk, PGL teruk, Syarikat pertaruhan buat TI11 juga adalah mengarut, jangan buat saya mula tamak.” – SammyboyGG

Kredit : Tommy Le/Taigadota

Tidak hanya Sammy, personaliti Dota 2 Tommy juga sependapat dengan Sammy mengenai sikap Valve yang telah mengecewakan komuniti Dota 2 yang telah menyokong Valve dan TI11 selama bertahun-tahun.

Kredit : Aaron Kim

Isu membiarkan syarikat pertaruhan mengambil alih sebagai penaja kepada TI11 juga tidak disetujui oleh bekas jurulatih Boom Esports, Aaron Kim kerana merasakan apa yang dilakukan oleh Valve ini adalah bercanggah dengan dirinya sendiri.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *