MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Selamat Datang Raff Ke Axis Esports Free Fire

ai hyprgame
Kongsi
Selamat Datang Raff Ke Axis Esports Free Fire

Axis Esports semalam telah memuatnaik satu hantaran yang mengumumkan akan kehadiran Raff atau nama sebenarnya Raff Aidil Fitrah sebagai pemain baharu bagi pasukan di divisi Free Fire.

Untuk pengetahuan anda, Raff merupakan pemain daripada negara seberang Indonesia yang telah dipinjamkan untuk menyertai Axis Esports di medan pertempuran Free Fire bagi musim baharu MCPS.

Musim terbaharu MCPS sudah pun memasuki musim ke-4 dimana anda akan menyaksikan sebanyak 12 pasukan daripada 4 legasi hebat iaitu Malaysia, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka akan bersaing bagi merebut gelaran juara sekaligus berpeluang memenangi USD 70,000 sebagai Prize Pool terkumpul.

Seiring dengan kejohanan ini, Axis Esports juga tidak mahu melepaskan peluang ini untuk memperkemaskan lagi benteng pertahanan pasukan mereka.

Pencapaian terbaik Raff sebelum ini adalah pernah mewakili Indonesia di Sukan SEA Hanoi baru-baru ini sekaligus membawa pulang pingat Gangsa buat Indonesia. Malahan Raff juga berjaya dinobatkan sebagai MVP pada kejohanan ini dengan 34 Elims.

Ini merupakan debut pertama Raff bagi divisi Free Fire Malaysia menerusi MCPS musim ke-4 ini. Bersama Raff, Flamee7, Shahido, Neptune, Jumps dan Vgetaa akan membawa Axis Esports ke medan tempur nanti.

MCPS Majors Season 4 ini telah pun membuka tirainya semalam 3 September dan akan berakhir pada 9 Oktober 2022 nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *